Ramai gesa ‘total lockdown’, ini jawab Ismail Sabri

KEBIMBANGAN orang ramai terhadap peningkatan mendadak k3s c0v1d-19 di negara ini, menyebabkan terdapat gesaan supaya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya dilaksanakan.

Bagaimanapun, keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepenuhnya atau ‘total lockdown’ ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KKM akan membentang dan menasihatkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Selepas itu baru keputusan dan pengumuman dibuat,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai adakah kerajaan tidak bercadang untuk membuat PKP sepenuhnya atau ‘total lockdown’.

Ini selepas Malaysia sekali lagi merekodkan k3s harian tertinggi dengan mencatatkan 6,075 k3s baharu positif c0v1d-19 pada Rabu sekaligus menjadi yang tertinggi sejak pandemik itu berlaku Mac tahun lalu.

Beberapa pihak menggesa agar kerajaan melaksanakan PKP sepenuhnya bagi mengurangkan k3s kem4tian yang berpunca daripada v1rus c0v1d-19.

Pakar Kesihatan Awam Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berpendapat, langkah membenarkan sebahagian sektor dibuka telah menyebabkan ketidakpatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan k3s meningkat mendadak.  

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar Harian