“Buka pintu kepada orang lain pun sal4h, memb4wang dengan jiran tepi pagar pun jangan!” – Dr Rafidah anggap rakyat Malaysia kel1ru maksud sebenar patuh SOP

WALAUPUN lebih setahun pandemik c0v1d-19 melanda negara, namun masih terdapat segelintir rakyat Malaysia tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Buktinya, banyak komp4un telah dikeluarkan kepada individu-individu yang atas kesal4han itu, malah ada yang dipenj4ra kerana mel4ngg4r pematuhan SOP.

Pengamal perubatan, Dr Rafidah Abdullah turut menyedari keadaan yang berlaku apabila masih ramai rakyat Malaysia keliru mengenai apakah sebenarnya menjaga SOP.

“Saya nampak ramai benar rakyat Malaysia kel1ru apa sebenarnya jaga SOP. Bersalaman, mana boleh bersalam-salam. Peluk civm lagilah. Ini tidak memenuhi SOP kekalkan penjarakan fizikal lebih satu meter.

“Makan bersama bukan dengan keluarga yang duduk serumah tidak memenuhi SOP penjarakan fizikal, lagi-lagi kena buka pelitup muka.

“Jadi, jangan makan beramai-ramai. Apa salahnya makan seorang diri terutama semasa kerja. Melepak lagilah, keluar makan ramai-ramai lagilah. Elakkan,” tulis beliau di laman Twitter.

Perkongsian Dr Rafidah.

Dr Rafidah turut mendapati segelintir masyarakat juga tidak prihatin dengan situasi semasa c0v1d-19 apabila mereka keluar beramai-ramai di tempat awam tanpa mematuhi SOP.

“Pergi ke mall. Bawa anak-anak kecil lagi. Keluar bila perlu sahaja. Seorang keluar untuk beli barangan untuk makan atau kehidupan asas cukup lah.

“Tolonglah jangan salahkan kerajaan buka mall. Mall dibuka bukan untuk anda ingk4r SOP,” ujarnya mengenai kelonggaran daripada kerajaan membenarkan pusat beli-belah beroperasi.

Masy4kat dinasihatkan supaya memakai pelitup muka dengan betul.

Dalam pada itu, beliau juga memberi penekanan tentang pemakaian pelitup muka yang tidak betul ketika berada di luar rumah, termasuk di tempat kerja.

“Jangan sekali-kali bercakap dengan sesiapa yang tidak memakai pelitup muka. Menapak satu langkah keluar rumah pun kena pakai pelitup muka.

“Jangan bersama-sama dengan orang lain di kawasan tertutup lebih 15 minit walaupun semua pakai pelitup muka. Jika perlu sangat nak berada di situasi ini, pakai faceshield,” katanya.

Senarai SOP dalam dan luar umah.

Mengulas lanjut, katanya, aktiviti ziarah merupakan satu kesalahan di mana lar4ngan yang ditetapkan oleh kerajaan, malah menasihatkan orang ramai untuk kekal berada di rumah.

“Ziarah menziarah adalah salah. Yang ini saya tengok merata-rata punca kes sekarang. Hanya duduk di rumah sendiri. Sikap tidak apa inilah yang bermasalah… ‘Sekejap saja, lagi pun apa salahnya‘. Kalau tidak rasa salah pada diri sendiri, rasalah bersalah kepada masyarakat Malaysia.

Ziarah menziarah adalah salah. Yang ini saya tengok merata-rata punca k3s sekarang. Hanya duduk di rumah sendiri

DR RAFIDAH ABDULLAH

“Sebagai tuan rumah, jangan buka pintu kepada orang lain. Kalau buka, anda salah. Membawang lebih 15 minit dengan jiran tepi pagar pun jangan, walaupun semua pakai pelitup muka,” tegas beliau.

Dalam pada itu, Dr Rafidah turut mengingatkan mengenai mana-mana individu yang merupakan kontak rapat kepada k3s c0v1d-19 supaya menjalani ku4r4nt1n.

Lagi nasihat Dr Rafidah dil Twitter.

“Kalau anda tahu anda kontak rapat atau anda tidak menjaga SOP semasa keluar rumah, tinggal seorang diri. Lawat bilik ke bilik di dalam satu rumah pun tidak boleh.

“Serupa juga jika anda PUS (pes4kit dalam pemantauan), iaitu anda ada kontak dengan seorang yang kontak rapat pes4kit positif.

“Kalau tidak ada bilik berasingan, jauhi keluarga dan jangan makan bersama. Tak perlu ‘jaga’ hati orang lain. Beri mereka kesedaran, terangkan apa maksud norma baharu.

“Anda selamat, keluarga anda selamat dan anda mungkin menyelamatkan mereka dan keluarga mereka juga,” tambah beliau.

Dengan peningkatan kes c0v1d-19 saban hari hingga mencecah 6,000 k3s, Dr Rafidah menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya mematuhi SOP.

“c0v1d-19 sekarang ganas. Yang muda pun s4kit ten4t, masuk ICU (unit rawatan rapi). Marilah kita semua ubah dan move on bersama. Cukup-cukuplah. Saya merayu kepada semua rakyat Malaysia. Tolonglah,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar