Hattan dah diberi taklimat sebelum bersiaran secara live, penerbit ada bukti

PENERBIT eksekutif Astro Awani, iaitu Ibrahim Sani menyangkal d@kwaan bahawa penyanyi Datuk Hattan tidak mengetahui temu bual yang dijalankan pada Jumaat lalu dilakukan secara langsung.

Menurut Ibrahim, pihaknya mempunyai bukti bahawa penyanyi lagu Biso Bonar itu telah diberikan taklimat terlebih dahulu sebelum sesi temu bual diadakan.

“Tak tahu mana satu lagi teruk. Fakta bahawa dia berbohong tidak diberi taklimat berkenaan temu bual secara langsung (kami ada bukti bahawa dia telah diberi taklimat).

hattan2 - 1

Ibrahim menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

“Atau fakta bahawa dia kurang ajar hanya jika ia dirakam terlebih dahulu dan bersikap sopan jika ia disiarkan secara langsung,” katanya.

Ibrahim berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Twitter miliknya pada Isnin.

Sebelum ini, rakan kepada Hattan iaitu Salimey Abu Bakar menerusi TikTok miliknya memberitahu penyanyi itu tidak tahu bahawa temu bual dilakukan untuk siaran secara langsung iaitu Buletin Awani.

Menurut Salimey, dia menonton siaran itu pada pvkul10. 40 pagi dan merasakan seperti ada yang tidak kena.

Lantas, dia terus menghubungi Hattan dan bertanyakan situasi sebenar.

Katanya, Hattan tidak mengetahui bahawa temu bual itu dilakukan secara langsung.

Pada Jumaat, video temu bual di antara Hattan bersama penyampai berita saluran Astro Awani iaitu Nur Syazwani Saiful Sham menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen yang menganggap penyanyi berkenaan tidak beradab.

Ia susulan pihak Astro Awani membuat panggilan telefon kepada Hattan bagi mengulas pemergian vokalis kumpulan XPDC iaitu Mael atau Syed Ismail Syed Ibrahim yang men1ngg4l dunia pada malam Khamis lalu.

hattan1 - 1

Hattan enggan memberi komen lanjut.

Menerusi temu bual tersebut, Hattan tiba-tiba menempelak penyampai berita, yang bertanya soalan mengenai penulisan lagu dan lirik kumpulan XPDC yang cukup mendalam dan men1ngg4lkan kesan kepada hati pendengar.

Hattan kemudiannya bertanya sama ada Syazwani mengetahui sejarah tentang individu di sebalik yang menghasilkan lirik lagu-lagu kumpulan rock terkenal itu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar