“Dah Untung Nak Untung Lagi” Netizen Sel4r Syahmi Sazli Kerana Cas Lagi Untuk Tonton Mael Totey The Movie Di Youtube. Ini Penjelasan Syahmi Sendiri

Siapa tidak kenal dengan Syahmi Sazli pada zaman sekarang. Daripada seorang Youtuber biasa beliau telah membina nama sehingga menjadi sohor (terkenal) di seluruh Malaysia.

Bukan dia sahaja, Syahmi juga dipuji kerana menaikkan nama sahabat beliau yang kurang upaya seperti Asif dan Yoe Parey.

Setiap video yang Syahmi muat naik ke laman sosial Youtube sudah menjadi seperti janji dimana video drama pendek beliau akan menjadi trending dan mendapat jutaan tontonan tidak sampai 24 jam.

Mael Totey The Movie adalah filem yang diarahkan sendiri oleh Syahmi Sazli dan diterbitkan oleh Astro.

Walaupun tidak masuk ke pawagam dan disiarkan hanya di Astro, kutipan Mael Totey The Movie memang tidak disangka.

Pecah Rekod Lagi Dan Lagi Dan Lagi! Mael Totey The Movie Kini Capai Kutipan RM7 Juta!

MTTM yang mengangkat genre drama komedi ini mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Tetapi Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Membariskan selebriti Youtube Syahmi Sazli, Yoe Parey, Asif Suhaimi, Emaleen Minhad, Aween Ismail, penyampai radio GEGAR, Ewan, serta pelakon tanah air seperti Hushairi Hussain, Daler Yusof, Aznah Hamid, Kamarool Yusoff dan ramai lagi.

“DAH KAYA NAK KAYA LAGI?” – Netizen

Syahmi Sazli Bakal Muncul Dengan Filem Sulung 'Mael Totey The Movie'

Baru baru ini Syahmi Sazli telah umumkan akan muatnaik filem Mael Totey ke Youtube dan akan dikenakan bayaran.

Terdapat beberapa komen yang kurang enak dibaca dimana ada yang mempertikaikan kenapa Syahmi perlu minta lagi bayaran sedangkan dia telah untung besar sehingga ada yang gelar Syahmi jutawan.

Syahmi Sazli akhirnya tampil untuk jelaskan kenapa.

Mael Totey The Movie nak keluar dkt Youtube Membership, ramai yg kata “dah untung banyak, nak untung lagi. Bagi tonton free je la dekat Youtube”. Ini jawapan Mi

Syahmi memberitahu jika di Youtube Membership akan release 3 video Mael Totey,.

1. Blooper (yang tak menjadi) durasi 21minit

2. Mael Totey The Movie (versi original macam Astro First) durasi 1jam 43 minit

3. Mael Totey The Movie (versi Director’s Cut iaitu versi panjang tanpa dipotong) durasi 2jam 3minit

Boleh tengok selama sebulan sebab release sebulan je dekat Youtube. Lepastu dah takde. Khas untuk yg mana takde Astro haritu.

KOMEN NETIZEN:

“Kalau boleh sokong la produk anak2 melayu kita.. bukannya mahal sangat pun langgan dekat youtube tu.. Korang ni kalau filem yahdi bukan main nak langgan.. jangan sampai mael maki korang di bulan syawal ni”

“Mi, awas kalau takde movie baru dalam tahun ni. Aku taknak sokong kau kalau takde movie baru. Cepat2 buat movie baru ya mie. Hihihihi tak puas tengok movie kau mi sbb terlampau best dan memberikan k3san”

“Org kite ni kecam dulu,padahal tak tahu ape pun .tahu nak free je .Sebab tu nak komen tu agak-agak r kan .bukan senang nak release satu2 perkara..kalau tak kerana kontrak..org boleh buat ape saje. Nanti kan tak pasal kena saman pulak d Astro”

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  ASN