Qasrina rupanya ada Ijazah Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris

Wanita jelita berusia 27 tahun ini dikenali sebagai Qasrina Karim mulai mendapat perhatian apabila menjadi model tudung namun dia semakin meleb4rkan sayapnya dalam dunia lakonan. Pada tahun ini pula, Qasrina Karim juga menjadi perbualan di media sosial selepas kemunculannya dalam drama Legenda Puteri Qaseh berjaya menambat hati penonton.

Tidak hanya itu, Qasrina muncul mengejutkan ramai warganet selepas dia yang sering dikatakan mempunyai iras seperti Mira Filzah tampil bergandingan bersama dalam drama berjudul Imam Instant Ustazah Scammer.

Itu mengenai kerjayanya namun latar belakang pendidikan Qasrina Karim juga bukan calang-calang apabila menerusi sumber dia mempunyai segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.

Qasrina berasal dari Subang Jaya tidak hanya mempunyai rupa paras cantik dan bijak namun dia juga memiliki bakat dalam bidang seni diceburinya ini sehinggakan tahun ini namanya yang paling menjadi tumpuan tidak hanya dikaca televisyen malah di media sosial juga gelagat Qasrina mendapat perhatian ramai.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : syor.com