Pemuda teruja jumpa sungai di R&R, sayangnya tak ramai orang… rupanya ada cerita, penduduk tempatan lebih tahu

MEMANDU untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan kelesuan.

Disebabkan itulah kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya penting sebagai tempat untuk para pemandu berehat sebentar.

Kemudahan di sesebuah R&R seperti tandas, medan selera dan surau membolehkan pemandu untuk ‘mengecas’ tenaga dan kembali fokus dalam pemanduan.

Laluan masuk ke sungai di hentian rehat ini.

Namun begitu, melalui satu video tul4r di TikTok, seorang lelaki mended@hkan Hentian Sebelah Gua Tempurung, Perak di Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) mempunyai ‘prasarana’ tambahan.

Port healing R&R Gua Tempurung,” tulis lelaki itu di ruangan kapsyen.

Menurut lelaki itu, hentian tersebut mempunyai sungai di bahagian belakangnya berikutan kawasan berkenaan yang berada berhampiran dengan hutan dan alam semula jadi.

Dalam video yang dikongsikan, lelaki itu menunjukkan lot parkir di perkarangan hentian dan kemudian beralih ke laluan sempit di sebalik semak samun untuk menuju ke sungai.

Laluan yang sedikit cur4m dengan jarak beberapa meter itu membawa lelaki tersebut ke sebatang sungai kecil yang kelihatan agak keruh tetapi sesuai untuk dijadikan hutan lipur ‘mini‘.

“Baru tahu R&R Gua Tempurung ada sungai boleh mandi,” kata lelaki itu.

Suasana di sekitar sungai itu dilihat agak hening tanpa ada sesiapa mandi manda seolah-olah ia seperti tidak diketahui ramai.

Namun begitu, perkongsian lelaki berkenaan mengundang perkongsian kisah-kisah daripada warga maya, kononnya lokasi itu menyer4mkan.

Warga maya mend@kwa tempat tersebut ‘ker4s’, manakala pengguna jalan raya yang kerap melewati kawasan itu menceritakan mereka sanggup mencari R&R lain untuk berhenti berehat.

“Bukan tak tahu tapi kami tak mahu berhenti sini kalau boleh, yang tahu je tahu (#ytjt).

Healing 10 minit, kena kac4u lima hari bekerja. R&R ini banyak ceritanya, saya orang Perak tahu sangat la.

Sebagian komen warga maya.

“Pernah dekat highway nak terk3ncing tapi gigih tak nak berhenti juga dekat sini.

“Pernah berhenti sekali tapi tengok tak ada orang, tempat pun sunyi, ser4m dan merem4ng pula rasa, terus patah balik cari R&R lain,” kata sebahagian warga maya.

Seorang warga maya menceritakan hentian sebelah Gua Tempurung hanya akan meriah ketika musim perayaan dan akan menjadi sepi pada hari-hari biasa.

“Kalau time sekarang ni okay je nak pergi sebab tengah raya ramai orang, tapi nanti bila dah habis raya, tak ada siapa pun yang akan berani pergi sini.

“Kalau pergi hentian ni, banyakkan baca ayat Kursi untuk pendinding diri, doa minta perlindungan pada Allah dan jaga adab,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: https://www.mstar.com.my/