Mulut rasa masin, takut tidur seorang petanda aj4l! Gadis sedih seorang demi seorang adik beradiknya terlalu cepat tinggalkan keluarga – “Dia asyik tenung saya”

e-SSM Portal

BELUM pun hilang kesed1han akibat kehilangan abang dan adik, gadis ini sekali lagi diuji dengan pemergian seorang lagi adiknya pada Selasa lalu.

Akibat kehilangan terbaharu itu, Nur Aisyah Fitri Rosidin kini hanya ada dua lagi adik-beradik untuk bergurau dan bermanja, iaitu abang sulung dan adik bongsunya.

Gadis berusia 21 tahun itu berkongsi kisah pemergian adiknya, Aidil Aiman Rosidin, 19, akibat pen4kit buah pinggang dalam satu bebenang di Twitternya.

Rata-rata netizen meluahkan rasa seb4k dan simpati dengan nasib menimpa Nur Aisyah dan keluarganya.

Menurut Nur Aisyah atau lebih mesra disapa Aisyah, adiknya yang merupakan anak keempat daripada enam adik beradik itu disahkan menghidap peny4kit buah pingg4ng tahap 5 kira-kira tiga bulan lalu.

Gambar kenangan keluarga bersama Aidil Aiman (baju kuning, dua dari kanan; baju turquoise, paling kiri, atas).

“Awalnya dia dem4m lepas tu tak surut-surut. Jadi dari Klinik Kesihatan Meru dibawa naik ambulans ke h0sp1tal Klang tapi masa tu dia masih sedar, sihat dan boleh gelak-gelak.

“Mula-mula doktor kata dia dem4m de3nggi. Lepas tu doktor suruh buat ujian d3rah, air ken2cing dan X-Ray. Dari situlah dapat detect dia sakit buah pingg4ng st4ge 5,” katanya.

Namun pemergian adiknya itu, kata Aisyah benar-benar mengejutkan keluarganya.

“Masa 2015, salah seorang abang meningg4l akibat kemal4ngan langg4r lari. Saya masih ingat lagi masa tu saya tengah buat umrah. Ibu memang sed1h sangat.

“Lepas tu seorang lagi adik saya (anak kelima) pula meningg4l dalam perut ibu, waktu tu memang dah cukup sifat semua.

Aidil Aiman bersama ibunya.

“Kali ini adik bawah saya pula. Memang satu famili terkesan terutamanya ibu yang melihat adik menghembvskan nafas terakhir di pangkuannya,” kata anak ketiga daripada enam beradik itu.

Jelas Aisyah, adiknya itu turut menunjukkan perlakuan pelik beberapa hari sebelum dia pergi buat selama-lamanya.

“Tanpa sedar dia dah tunjuk tanda-tanda semua tu. Dalam 100 hari tu dia beritahu mulut dia rasa macam masin, macam hilang deria rasa tu.

 

Adik ada cerita dekat ibu dan kawan-kawan dia, dia kerap mimpi arwh abang memanggil-manggil dia sebab mereka memang rapat.

NUR AISYAH FITRI ROSIDIN

Kakak

“Dia juga tak nak tidur sorang, suka datang bilik saya. Ada satu malam tu saya nak tidur dia cakap dia takut, jadi dia nak tidur dalam bilik saya dengan adik bongsu.

“Lepas tu sampailah sehari sebelum dia meningg4l, saya ada dalam bilik dengan dia. Dia asyik tenung je saya main handphone sampai saya pun pelik. Bila tanya dia diam je,” katanya.

Malah Aisyah berkata adiknya itu turut rajin membantu ibunya menyediakan makanan untuk bersahur tiga hari sebelum menghembvskan nafas terakhirnya.

Earpod dan keropok kegemaran Yasmin yang ditinggalkan Aidil Aiman untuknya.

“Sebelum-sebelum ni memang dia susah nak bangun sahur, kami yang akan kejutkan dia. Tapi kali ni dia bangun sendiri.

“Dia teman ibu bangun awal, sediakan makanan. Dia akan duduk dekat kerusi tengok kami semua makan.

“Walaupun dia dah tak ada, masih teringat bayangan dia setiap kali sahur. Terasa dia masih ada. Tak sangka itu tatapan terakhir dia sebelum pergi menghadap ilahi,” katanya.

Dalam pada itu, Aisyah turut bersyukur kerana hajat adiknya untuk meningg4l pada bulan Ramadan dimakbulkan Allah.

“Adik ada cerita dekat ibu dan kawan-kawan dia, dia kerap mimpi arw4h abang memanggil-manggil dia sebab mereka memang rapat.

“Jadi dia harap dapat ikut arw4h abang (meningg4l masa Ramadan). Walaupun perit kami reda, hajatnya tercapai,” katanya.

Jenaz4h Aidil Aiman selamat dikebvmikan selepas Asar pada Selasa lalu.

Namun Aisyah turut terkilan kerana tidak sempat membelikan DVD PS4 yang diminta adiknya.

“Saya sed1h sebab tak sempat belikan dia DVD PS4 Spiderman. Masa tu elaun pratical saya tak masuk lagi.

“Dia tak ada DVD PS4, yang dia ada pinjam kawan je. Tak sangka kawan-kawan dah halalkan.

“Dia juga tinggalkan earpod miliknya dan keropok kegemaran saya sebelum dia pergi. Tapi saya tak makan pun, seb4k tak sampai hati,” katanya.

Jenaz4h adiknya selamat dikebvmikan di Tanah Perkvburan Islam Bukit Kapar, Klang selepas Asar pada Selasa lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Mulut rasa masin, takut tidur seorang petanda aj4l! Gadis sedih seorang demi seorang adik beradiknya terlalu cepat tinggalkan keluarga – “Dia asyik tenung saya”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*