Alasan kerja konon, 4 lelaki kena k0mpaun dan diarah patah balik

e-SSM Portal

CHUKAI: Mereka sudah melepasi tiga sek4tan jalan raya (SJR) tetapi tembelang mereka tidak dapat bertahan di lokasi keempat di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) dekat Perasing di sini pagi semalam, apabila semakan p0lis mengenal pasti surat tawaran kerja mereka adalah p4lsu.

Akibatnya, empat lelaki berkenaan berusia 20 hingga 37 tahun yang membuat perjalanan rentas negeri dari Selangor ke Besut, Terengganu dan seterusnya ke Kelantan ketika dit4han di SJR itu jam 9.15 pagi, bukan saja dik0mpaun malah diarah berpatah balik.

Ketua p0lis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan, berkata mereka yang membuat perjalanan dalam sebuah Proton Persona mend4kwa sudah berjaya melepasi tiga SJR di Kajang, Gombak dan Bentong dengan menggunakan surat tawaran bekerja terbabit.

Sepasukan pegawai dan anggota yang melakukan pem4ntauan dan bertugas di SJR antara negeri itu menahan kereta terbabit sebelum meminta surat kebenaran rentas negeri yang dikeluarkan p0lis.

Mereka mendakwa tidak mempunyai surat kebenaran terbabit dan siasatan kemudiannya mendapati pemandu kereta yang berusia 37 tahun itu mengaku dia bertugas menghantar tiga lelaki berkenaan ke Besut dan Kelantan.

“Pemandu terbabit mengaku terima upah RM350 untuk menghantar tiga lelaki terbabit dan mengaku ditunjukkan surat tawaran bekerja daripada tiga lelaki itu sebagai alasan perjalanan mereka.

“Anggota p0lis kemudiannya memeriksa surat tawaran terbabit dan selepas membuat semakan mendapati alamat tempat kerja yang tertera pada surat itu tidak wujud,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, semua mereka mengaku surat terbabit palsu dan dibuat oleh abang kepada rakan mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH

Be the first to comment on "Alasan kerja konon, 4 lelaki kena k0mpaun dan diarah patah balik"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*