Dr Sado akui pernah t4kut rawat pesaklt Covid-19… kini sedia kendali ‘kluster kayangan’ – “Saya sebenarnya lebih sasa sebelum PKP”

TIBA-tiba sahaja nama seorang doktor ini melonjak semasa musim c0v1d-19.

Bukan sekadar kacak lagi sado, malah Dr Brian Lim merupakan pejuang barisan hadapan atau frontliner yang bertungkus-lumus melawan c0v1d-19 di h0sp1tal.

Lebih membanggakan apabila segelintir netizen tampil berkongsi pengalaman dan penghargaan tentang sumbangan Dr Brian yang merawat ahli keluarga mereka dengan baik.

Kerana fizikalnya yang sasa itu, ada yang mencadangkan agar beliau mengendalikan individu dari ‘kluster kayangan’ yang enggan memberikan kerjasama atau bersikap biad4b dengan petugas kesihatan.

Keadaan Dr Brian sebelum dan selepas memakain PPE.

Bercakap kepada mStar, Dr Brian yang berkhidmat di h0sp1tal Pulau Pinang berkata, beliau kini bertugas di Jabatan Perubatan Nuklear dan sebelum itu di Jabatan Pediatrik selama empat tahun.

Namun, doktor berusia 31 tahun itu memberitahu, beliau tampil secara sukarela untuk bertugas di wad bagi kes c0v1d-19 pada Februari lalu.

“Ketika itu kebanyakan kes adalah ‘disy4ki’, dan tiada kes yang disahkan positif c0v1d-19. Apabila bilangan pes4kit bertambah, lebih ramai doktor bertugas di wad c0v1d-19.

Kerana berbadan sasa, netizen menyarankan Dr Brian mengendalikan pes4kit ‘kluster kayangan’.

“Saya kembali terlibat di wad ini pada Mac. Pada awalnya, saya bimbang kerana pes4kit yang saya kendalikan adalah kes-kes positif, bukan lagi kes disy4ki. Saya bimbang saya sendiri akan dij4ngk1ti.

“Tapi saya fikir secara rasional, sebab saya mahu menjadi doktor adalah membantu mereka yang memerlvk4n. Oleh itu, saya perlu tampil ke hadapan dan berkhidmat,” katanya kepada mStar sambil menambah beliau mempunyai pengalaman dalam bidang perubatan selama tujuh tahun.

Pada awalnya, saya bimbang saya sendiri akan dij4ngk1ti. Tapi saya fikir secara rasional, sebab saya mahu menjadi doktor adalah membantu mereka yang memerlvk4n.

DR BRIAN

Dr Brian berkata, beliau tiada masalah dengan gelaran doktor ‘kacak lagi sado’ dalam kalangan netizen, dan memberitahu dia berkecimpung dalam dunia bina badan sejak 10 tahun lalu.

“Sebelum ini pun ada yang panggil saya ‘Dr Sado’ atau ‘Dr Kuat’, saya okay saja. Belum lagi menyertai mana-mana pertandingan bina badan sebab terlalu sibuk untuk membuat persiapan, tapi ia merupakan salah satu impian saya pada masa akan datang.

“Saya sebenarnya lebih sasa sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tidak lagi berlatih di gim semasa PKP, hanya melakukan senaman ringan di rumah,” ujar anak kelahiran Klang, Selangor itu.

Dr Brian menasihatkan orang ramai untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Berkongsi pengalamannya mengendalikan kes c0v1d-19, Dr Brian yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik berkata, beliau tak akan melupakan kisah seorang pes4kit wanita warga emas.

“Saya masih ingat ada seorang makcik, umurnya dalam lingkungan 60 tahun dan menghidap diabetis dan darah tinggi. Dia sangat bimbang keadaannya bertambah burvk dan akan m4ti tidak lama lagi.

“Tapi saya berikan penjelasan, kata-kata positif dan tenangkan dia. Sekarang makcik ni sudah sembuh dan discaj, syukur,” kata doktor bujang itu sambil menyifatkan dirinya seorang yang mudah didekati, teg4s dan berdisiplin.

Dr Brian menggambarkan dirinya seorang yang mudah didekati, tegas dan berdisiplin.

Mengenai ‘kluster kayangan’, beliau bagaimanapun belum berhadapan dengan golongan tersebut tetapi bersedia untuk menanganinya sekiranya mereka bi4dab atau demand.

“Menggunakan amaran secara fizikal bukan pilihan saya. Saya lebih memilih untuk bekerja secara profesional dan menyampaikan idea dan mesej saya kepada mereka.

“Saya fikir, selagi mereka faham limitasi kita, mereka akan berhenti bersikap biad4b atau demand. Dan saya akan memberi penjelasan mengenai peranan masing-masing dalam memerangi c0v1d-19,” tambahnya.

Dr Brian (kanan) bersama rakan-rakan petugas kesihatan.

Doktor yang mempunyai hobi berenang, memasak dan membuat kek ini berkata, perkara paling menggembirakannya apabila pes4kit telah sembuh dan discaj.

“Masih pakai PPE (peralatan perlindungan diri), saya berusaha menenangkan mereka. Dan apabila mereka kembali tenang, sembuh atau telah discaj, mereka tak berhenti mengucapkan terima kasih.

“Bagi saya, ia merupakan satu perasaan yang tidak ternilai. Rasa seb4k hanya dalam hati. Tak boleh menangislah, pakai PPE panas wei, berpeluh,” ujarnya secara berselor0h.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar