59 juta unit PPE diperlukan sebulan

PUTRAJAYA: Jumlah penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) petugas kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) sebanyak 59 juta unit sebulan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata oleh itu KKM telah berbincang dengan beberapa agensi terutamanya dalam industri fesyen untuk memastikan bekalan berterusan bagi PPE.

“Kami telah berhubung dengan (pengusaha) industri, pereka fesyen, serta bekerjasama dengan agensi lain untuk memastikan bekalan berterusan dari industri tempatan untuk menghasilkan PPE KKM.

“Ada 18 item dalam satu set PPE, jadi kami mengawasi penggunaannya dan memastikan stok diperoleh dan dihantar ke KKM,” katanya dalam taklimat harian c0v1d-19 di sini pada Khamis.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata pihaknya mendapati ada warga KKM yang mendapat j4ngk1tan c0v1d-19 kerana berkongsi pantri yang kecil beramai-ramai dalam masa yang sama.

“Satu daripadanya mungkin yang kita perhatikan apabila mereka masuk ke pantri untuk rehat, pantri kecil dan sesak, ramai yang masuk pada satu-satu masa, mungkin ada j4ngk1tan di situ.

“Bila warga KKM bekerja di wad c0v1d-19 atau Unit Rawatan Rapi (ICU), mereka tidak dij4ngk1ti sebab mereka pakai PPE,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata KKM menyarankan agar pantri sentiasa dibersihkan dan disanitasi dari semasa ke semasa kerana di kawasan yang kecil dan tertutup seperti pantri, kadar j4ngk1tan mungkin berlaku.

Beliau berkata setakat hari ini warga KKM yang dij4ngk1ti c0v1d-19 adalah seramai 267, dengan 73 peratus daripada j4ngk1tan didapati dalam komuniti dan bukan kerana bekerja di wad c0v1d.

“Kami ada 50 orang iaitu 19 peratus yang dapat j4ngk1tan di h0sp1tal iaitu mereka yang dapat j4ngk1tan daripada pes4kit, kerana ada pes4kit tak maklum sejarah perjalanan atau ada kaitan dengan kumpulan berisiko tinggi atau mempunyai kontak rapat dengan pes4kit positif c0v1d-19,” katanya.

— BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Astro Awani