250 Pelajar Tahfiz Daripada 2,697 Pelajar Tahfiz Yang Disar1ng Disahk4n Pos1tif Covid-19

PUTRAJAYA – Seramai 250 pelajar tahfiz daripada 2,697 pelajar tahfiz yang disaring disahkan positif koronav1rus (c0v1d-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 33 kes berbanding semalam sebanyak 217 kes.

“Kita dapati kes membabitkan pelajar tahfiz semakin meningkat,” katanya pada sidang media perkembangan terkini c0v1d-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlvk4n tempoh sehingga dua minggu untuk membuat saringan terhadap 9,842 pelajar berkenaan di seluruh negara.

“Mereka yang berada di madrasah kita telah saring, namun kita dapati ada yang telah pulang. Ini yang perlu disaring,” katanya.

Semalam, beliau berkata, KKM akan memberi tumpuan melakukan saringan terhadap pelajar tahfiz di seluruh negara.

Kementerian juga akan bekerjasama dengan p0lis dan agensi berkaitan bagi mengesan pelajar berkenaan.

Pada perkembangan sama, Dr Noor Hisham berkata, terdapat kluster yang sudah selesai (tidak mempunyai kes baharu) daripada 28 kluster yang dikenal pasti.

“Kluster itu kita kira kata dah khatam (selesai).

“Kementerian melakukan pemantauan selama 14 hari terhadap kluster yang aktif dan tidak aktif,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Astro Awani