“Masa Live, Dia Ke Tepi Sambil Lap Air Mata..” – Sayu! Kucaimars Tunai Hasrat Pesakit Covid-19 ‘Cover’ Lagu Titip Rindu Buat Ayah

Penyanyi Kucaimars, 23, akui tergamam selepas mengetahui bapa salah seorang peminatnya, Talha Taufiq men1ngg4l dunia disebabkan w4b4k c0v1d-19.

Pada malam Ahad lalu, Kucaimars telah membuat live secara rawak di Instagram dan salah seorang peminat yang menyertai sesi live terbabit adalah Talha yang juga kini sedang dir4wat kerana positif c0v1d-19.

 “Saya terkejut bila dapat tahu ayah Talha sudah men1ngg4l dunia. Allahuakbar.

“Sebelum ini memang Talha nak live dengan saya tapi tak dapat. Dan dia juga memang nak saya ‘cover’ lagu yang dia minat.

“Sebab dia rindu dengan arw4h ayah. Setiap hari Talha akan dengar lagu yang sama bagi mengubati rasa rindu itu.

“Masa mula-mula dia suruh nyanyi, saya tak tahu lagu tu. Tapi saya cakap akan ‘study’ dulu macam mana.

“Saya perasan juga masa live Talha ke bahagian tepi kamera sambil lap air mata. Saya cuba ubah suasana dengan beri kata-kata semangat.

Saya cakap kita lelaki kena kuat dan sentiasa ingat kepada Allah,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Tambah pelantun lagu Jawab ini, dia sudah pun menunaikan permintaan Talha yang menginginkan dirinya menyanyikan lagu Titip Rindu Buat Ayah nyanyian asal Ebiet G. Ade.

“Malam tu juga saya dengar lagu tu berulang kali. Dah selesai buat ‘cover’ di rumah, saya kongsikan di akaun YouTube saya.

“Talha ada mesej saya ucapkan terima kasih kerana tunaikan permintaan dia. Dalam masa yang sama, saya juga berasa gembira kerana dapat bantu membahagiakan orang lain,” katanya lagi. 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak