“Sebelum Umur 30 Mesti Ada Suami” – Ezzaty Abdullah Kongsi Angan-Angan Waktu Kecil Di Hari Lahir Ke-30

Pelakon Ezzaty Abdullah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 hari ini.

Sempena hari istimewanya itu, Ezzaty berkongsi impiannya ketika usia kecil dahulu.

“Alhamdulillah dapat merasa umur 30 tahun hari ini, ingat lagi masa kecil dulu selalu berangan dan pasang impian sebelum umur 30 mesti kena ada suami, anak, spa atau salon (dua-dua saya ada), kereta sebiji dan rumah sebiji.

“Alhamdulillah lagi, semua saya dapat capai, Allah tunaikan impian zaman kecil saya, syukur Ya Allah,” tulisnya di ruangan kapsyen di Instagram.

Tambah Ezzaty, usaha dan tidak mudah berputus asa adalah tunjang utama dalam mencapai kejayaan.

“Tak salah berangan dan pasang impian, tapi usaha tu yang penting dan jangan mudah putus asa, banyak sangat ujian nak capai semua ini tapi Allah sentiasa bantu, jangan tinggal solat dan Al-Quran, Insya-Allah ada kepercayaan,” tulisnya mengakhiri kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian para pengikut Ezzaty di ruangan komen, tidak kurang juga beberapa rakan artis.

Rata-rata mereka mengucapkan selamat hari lahir buat pelakon ini dan mendoakan kebaikan untuknya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Alhamdulillah dapat merasa umur 30 tahun hari ni. Ingat lagi masa kecik2 dulu selalu berangan dan pasang impian sebelum umur 30 MESTI kena ada suami, anak, spa or salon (both saya ada), kereta sebiji dan rumah sebiji (kunci belum dpt sbb under construction. Probably next year sbb stop construction utk PKP) Alhamdulillah lagi. Semua saya dapat capai. Allah tunaikan impian zaman kecil saya. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah syukur Ya Allah. Tak salah berangan dan pasang impian. Tapi usaha tu yang penting and don’t give up! Byk sgt ujian nak capai semua ni tapi Allah sentiasa bantu. Jangan tinggal solat dan Al Quran. InsyaAllah have faith! #syukur #3serieslah

A post shared by Ezzaty Abdullah (@ezzatyabdullah) on

Sekadar info, Ezzaty mendirikan rumah tangga bersama pelakon Azwan Kombos pada Julai 2016.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang kini berusia dua tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak