“Petugas KKM & Frontliners Siang Malam Bertugas, Awak Balik Dari Bercuti Dapat Kuarantin Kat Hilton” – Tayang Hotel Mewah, Wanita Ini Terima Kecaman Netizen

Seorang wanita mencuri perhatian wargamaya apabila menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Petaling Jaya.

Menerusi laman sosial Twitter, wanita yang menggunakan akaun @AisyRumaisha berkongsi empat keping foto keadaan bilik hotelnya yang serba mewah untuk tatapan umum.

“Dari New Zealand pesawat 5 April harini, pulang ke Malaysia di musim COV1D-19, ditempatkan di pusat kuar4ntin, selama 14 hari yang terletak di Hilton Hotel, PJ. Nak lihat keadaan tempat ini?” tulis wanita berkenaan menerusi satu kicauan.

Wanita tersebut turut berkongsi dia diberikan makanan dan perkhidmatan WiFi secara percuma.

Difahamkan untuk tempoh kuarantin ini, dia turut diberi borang penilaian kesihatan dam berkomunikasi menerusi WhatsApp untuk memaklumkan keadaannya setiap hari kepada petugas terbabit.

Hasil tinjauan Gempak di Twitter, perkongsian wanita ini mendapat maklum balas negatif daripada wargamaya.

Bukan sahaja mereka tidak berpuas hati wanita ini bercuti ketika p4ndemik COV1D-19 melanda dunia, malah mereka tidak bersetuju apabila golongan ini diberi penginapan mewah berbanding para petugas barisan hadapan.

“Kesian siapa yang tak layak dapat BPN tu. Lepas tu duit cukai yang korang bayar kena pulak sponsor dia ni kuarantin kat Hilton,” kata seorang wargamaya.

“Duk Hilton tak rasa la macam duduk penj4ra and tak risau nak kena sanitize kan. Siap buat thread lagi. Kalau duduk kolej dekat Nilai tu terus macam prison. Lol,” komen seorang wargamaya.

“Jadi, ni ke duit-duit cukai yang kita bayar dibazirkan? Well, selamat menikmati duit rakyat sementara kena sump4h dengan mereka, selamat malam,” ujar seorang wargamaya.

“Rasa macam tak adil kan? Petugas KKM berpanas pakai PPE, t4ruh ny4wa setiap hari kerja rawat orang, tidur tak cukup, makan tak sempat. Datang pulak orang dari luar negara balik malaysia komplen tempat kuarantin mcm penj4ra, dapat duduk Hilton siap makan. Bilalah dunia ni nak adil,” luah seorang wargamaya.

“Bayangkan travelling by choice konon-konon sanggup ambil risiko tapi kerajaan yang kena bawa korang balik siap bagi kuarantin kat hotel 4-5 bintang,” komen seorang wargamaya.

“Hehe tujuan hotel ni untuk pengasingan diri, bukannya hidup mewah. Walaupun penjara tak mewah, beringatlah yang banduan pun tengah jahitkan sut PPE untuk petugas barisan hadapan,” tegur seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian wanita tersebut telah mendapat hampir 2,000 ulang kicau dan 500 komen daripada warga Twitter.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak