Keputusan k3s sam4n Fazura pada 6 Mei

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menetapkan 6 Mei untuk keputusan k3s sam4n pemilik syarikat Maydan Trading terhadap Fazura, atau nama sebenarnya Nur Fazura Shariffudin atas dakwaan mel4nggar perjanjian syarikat selepas pelakon yang juga penyanyi itu melancarkan produk kesihatan dan kecantikan ‘Trudolly’ dalam tempoh perjanjian.

Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril sepatutnya membuat keputusan itu hari ini, namun ditangguhkan pada 6 Mei, berikutan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Fakhrul Azman Abu Hassan yang mewakili Nur Fazura ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Mahkamah sebelum ini mendengar keterangan daripada beberapa saksi, termasuk Nur Fazura.

Narhamdan Abd Malek, yang memiliki dan menjual produk kesihatan, iaitu ‘candy’ yang boleh dikunyah dikenali sebagai ‘Q Tab’ untuk kesihatan rambut, kulit dan kuku memfailkan saman pada 16 Disember 2017 dengan menamakan Nur Fazura, 37, dan Universal Music Sdn Bhd sebagai defendan pertama dan kedua.

Dalam penyataan tuntutan, Narhamdan selaku plaintif mendakwa pada 10 Ogos 2017 terdapat perjanjian antara beliau dengan Universal Music supaya Nur Fazura memasarkan produk ‘Q Tab’ dalam tempoh enam bulan melalui media sosial, khususnya Instagram milik pelakon itu, selain Nur Fazura perlu mengambil gambar dan video bagi kegunaan plaintif dalam pemasaran produk berkenaan.

Plantif mendakwa selepas beliau menandatangani perjanjian pada 10 Ogos, 2017 untuk perkhidmatan defendan pertama (Nur Fazura), plaintif sudah membayar RM100,000 kepada defendan kedua (Universal Music) dan wang RM56,000 turut dibayar pada 24 Ogos tahun sama, mengikut syarat perjanjian dipersetujui.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa pada akhir September 2017, Nur Fazura melancar dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan berasingan, iaitu ‘TRUDOLLY ‘TruBeauty’ oleh Fazura sepanjang tempoh perjanjian berkenaan.

Dakwa Narhamdan, akibat pelanggaran yang berlaku dalam pemasaran Trudolly oleh Fazura dan Universal Music dalam persaingan dengan produk ‘Q Tab’, plaintif mengalami kerug1an apabila pemasaran produknya diabaikan dan memihak kepada Trudolly, selain mend4kwa penjualan produk ‘Q Tab’ sudah berkurangan.

Oleh itu, plaintif antara lain menuntut pembayaran balik RM156,000 daripada kedua-dua defendan, ganti rugi RM141,755.61 kerana pelanggaran kontrak, faedah dan kos.

Fazura dalam penyataan pembelaan difailkan pada 29 Januari, 2018 mend4kwa beliau tidak pernah memasuki apa-apa perjanjian dengan plaintif, tidak terikat serta tidak mempunyai sebarang kontrak perjanjian dengan plaintif. – BERNAMA

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BH Online