Klip Video Guna Tulisan Jawi, Naim Daniel Bersyukur Terima ‘Penghargaan’ Besar

Siapa saja yang tidak mengenali dengan selebriti muda ini dimana bakatnya bukan saja dikenali ramai dalam bidang lakonan. Namun Naim Daniel juga merupakan penyanyi yang semakin mendapat perhatian ramai.

Memiliki dua bakat besar ini membuatkan Naim Daniel bukan calang-calang selebriti dalam dunia hiburan tanah air. Bahkan, dalam anugerah berprestij Anugerah Juara Lagu yang ke-34 juga Naim Daniel yang pertama kali dicalonkan dalam anugerah berkenaan namun telah merangkul gelaran juara.

Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui peminat bahawa Naim Daniel sudahpun mengeluarkan lagu baru berjudul Sembah dan ternyata selepas lagu Sumpah, lagu terbarunya itu juga menarik perhatian ramai.

Lagu baru Naim Daniel ini turut menampilkan petikan gitar dari Man Keedal. Apa yang menjadi perhatian juga, video rasmi yang dimuat naik di YouTube World Peace Entertainment pada 10 Februari lalu itu turut disertakan dalam tulisan Jawi sekaligus membuatkan video nyanyian ini cukup unik!

Klip video Naim Daniel disertakan tulisan Jawi

Naim Daniel turut berkongsikan perkembangan lagu barunya itu dilaman Instagram peradi miliknya dimana dia meluahkan rasa syukur kerana lagu berjudul Sembah mendapat reaksi positif netizen.

Terbaru, Naim Daniel berkongsikan bahawa dia telah menerima satu penghargaan besar baginya dan dia turut berterima kasih kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ini kerana, klip video Naim Daniel menggunakan tulisan Jawi dalam lagu Sembah  sekaligus membuatkan Dewan Bahasa dan Pustaka memberikan penghargaan atas usaha untuk memartabatkan tulisan Jawi.

Naim Daniel terima penghargaan besar

Perkara berkenaan mendapat pelbagai komen positif yang turut mengucapkan tahniah buatnya malah posting Naim Daniel itu juga meraih ribuan tanda suka dalam masa yang sekejap.

“Ye. Awak layak dapat penghargaan…”

“Terbaik… best lagu Sembah tu”

 Sumber:Naim Daniel

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Note Untuk Awak