‘Upin Ipin Selebriti’ Tinggal Kenangan, Tomok ‘Merajvk’ Upin Tumbuh Rambut Bikin Berdekah

Upin Ipin selebriti sebelum ini pernah menjadi bualan ramai apabila video gelagat lucu penyanyi, Tomok bersama Harris Annuar seperti kembar versi kartun terkenal itu tular dimedia sosial.

Apatah lagi, Tomok dan Harris Annuar ketika itu juga memiliki kepala botak sekaligus membuatkan ramai terhibur dengan gelagat mereka berdua.

Upin Ipin selebriti bikin ramai terhibur

Terdahulu, penyanyi popular ini digelar Upin Ipin bersama Black Hanifah dimana mereka digelar kembar versi kartun itu di dunia realiti.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih mencuit hati ramai apabila melihat satu rakaman video terbaru gelagat Tomok dan Harris Annuar yang telah dimuat naik menerusi laman Instagram.

Melalui video, Tomok dilihat disapa oleh Harris Annuar dan dia mengajak penyanyi popular itu untuk merakam video lagi.

Namun begitu, reaksi Tomok yang memberitahu bahawa Harris Annuar yang sudah memiliki rambut namun dirinya tidak membuatkan dia menolak permintaan untuk merakam video.

Tomok siap minta Harris Annuar potong rambut dulu

Lucunya lagi, sudahlah menolak dengan reaksi lucu Tomok juga meminta agar Harris Annuar untuk memotong rambutnya dulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

sakitnya tuh di siniiiii tau enggakkk 🙄 . #Repost @harrisannuar with @get_repost ・・・ Tamatlah riwayat Upin Ipin,Korang please pujuk ipin @tomokofficial 😭.Saya tak kuat nak nangis sorang sorang 😢#KiniTinggalKenangan #BangkitBotak #HeroRemaja2017

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

“Tamatlah riwayat Upin Ipin, korang please pujuk Ipin Tomok… Saya tak kuat nak nangis sorang-sorang,” ujar Harris Annuar yang kemudiannya dikongsikan pula oleh Tomok.

Di ruangan komen, netizen akui mengulang tayang video berkenaan kerana terhibur dengan gelagat sempoi mereka berdua.

Reaksi ramai

 Sumber: Tomok

  

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : KL PRESS