Selepas diumumkan sebagai juara Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-34 pada 9 Februari lalu, penyanyi Naim Daniel meluahkan rasa syukur apabila berjaya memiliki rumah sendiri pada usia 22 tahun.
Menerusi laman Instagram miliknya, pemilik nama Muhammad Naim Daniel Baharin itu memuat naik sekeping gambar dirinya dengan berlatarbelakangkan kediaman tersebut.
“Alhamdulillah. Bought my first house. Assalammualaikum,” tulisnya ringkas.
Posting berkenaan dihujani komen rakan selebriti dan peminatnya yang rata-rata mengucapkan tahniah serta turut tumpang gembira atas hasil usahanya sebagai anak seni membuahkan hasil selama ini.
Alhamdulillah!
Tahniah atas usaha!
Bangga dengan Naim!
Kau memang layak bro!
Terdahulu, penyanyi berkenaan memenangi trofi dan wang tunai berjumlah RM50,000 menerusi lagu nyanyiannya yang berjudul Sumpah.
Sumber : Naim Daniel
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Rose Merah