Lelaki Ini Menang Saman Ke Atas Bekas Tunang Kerana Putuskan Hubungan 21 Hari Sebelum Kahwin

Kes seorang lelaki yang menyaman tunangnya setelah dia kerugian sebanyak RM30,000 apabila wanita itu memutuskan hubungan mereka, pernah menggemparkan ramai suatu ketika dahulu.

Bakal pengantin perempuan dikatakan memutuskan pertunangan secara rasmi pada 31 Disember 2016, 21 hari sebelum tarikh pernikahan mereka. Semua persiapan sudah disediakan tetapi akhirnya hubungan tersebut kecundang di tengah jalan.

Persiapan untuk kahwin semua dah siap

Pedih tahu bila tunang ada hubungan dengan orang lain

Setelah 3 tahun kes tersebut berjalan di mahkamah, akhirnya semalam lelaki yang dikenali sebagai Ezrin itu mengumumkan bahawa kemenangan telah pun berpihak kepadanya.

Akhirnya kebenaran berpihak kepada yang benar

Ezri ketika dihubungi berkata, mahkamah menetapkan tuntuan jumlah sebenar yang perlu dibayar oleh pihak perempuan adalah sebnyak RM32,000. Kos tersebut merangkumi daripada majlis tunang, dewan kahwin, baju, kad jemputan, cenderamata kepada tetamu dan majlis kenduri.

Namun, mahkamah membenarkan pihak defendan untuk membuat ansuran yang perlu dibayar sebelum Disember 2020 mengikut kepada undang-undang syariah.

Gagal kemuka alasan enggan berkahwin

Kemenangan untuk keluarga

Netizen memberikan pelbagai reaksi dengan rata-ratanya mengucapkan tahniah dan menyokong usaha lelaki Ezrin untuk membela dirinya mengikut kaedah undang-undang yang betul.

Malah, ujar mereka, kes ini perlu dijadikan contoh kepada pasangan lain supaya tidak melakukan kesilapan yang sama.

Masa tak nak lempar macamtu je, baru tahu rasa

Kemenangan bagi lelaki yang tersakiti

Orang perempuan ingat orang lelaki ni ‘punching bag’ ke apa?

Labur 30K, memang patut pun fight!

Kesimpulannya, jadikan kes ini sebagai satu pengajaran kerana soal perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dibuat main. Bukan sahaja hati terpaksa menangung sakit, tetapi duit, masa dan tenaga juga sudah dilaburkan. Akhir kata, lelaki menang. – Ezrin

Sumber : @ezrinmn

Kredit: SIAKAP KELI

 

Be the first to comment on "Lelaki Ini Menang Saman Ke Atas Bekas Tunang Kerana Putuskan Hubungan 21 Hari Sebelum Kahwin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*