Naim Daniel Kena Ugut Bila Suka Hati Edit Gambar Rose BLACKPINK.

Penyanyi Naim Daniel mendedahkan mendapat kiriman mesej berbaur ugutan daripada individu yang tidak dikenali.

Hal itu terjadi gara-gara Naim menyunting foto bersama salah seorang anggota kumpulan K-Pop terkenal BLACKPINK, Rose baru-baru ini.

“Hello, maaf kerana mengganggu. Aku ada benda nak bincang dengan kau.

“Dengan ni, stop post gambar kau dengan Rose.

“Kau dengar? Kau ingat kau artis, kau bolehlah buat macam tu?

“Kalau aku nampak lagi kau post pasal Rose BLACKPINK siap kau,” kongsinya di Instagram (IG).

Walau bagaimanapun, penyanyi lagu Sumpah itu tidak kisah dengan ugutan yang diterima.

“Saya seorang yang mudah tersentuh. Tolong jangan sakiti saya seperti itu,” balasnya di kapsyen.

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang turut kecewa dengan tindakan melampau peminat K-pop itu.

Terdahulu, penyampai radio ERA, Hani Fadzil juga pernah mengalami situasi yang sama apabila mendapat ugutan bunuh hanya kerana menyunting gambar bersama salah seorang anggota kumpulan BTS, iaitu RM.

Sumber : GEMPAK