Suntikan Vaksin Punca Kem4tian Zuriat Sulung. Ibu Ini Tidak Boleh Berdiam Diri Apabila Ada Yang Komen Begitu

LULUH hati seorang ibu apabila fakta mengenai kem4tian anak sulungnya yang baru dilahirkan di sebuah hospital swasta di Johor Bahru pada Oktober lalu diputarbelitkan untuk mengelirukan orang ramai mengenai vaksin.

Menurut Dzurriana, dia terkejut apabila luahan hatinya di Facebook yang meratapi pemergian anak sulungnya selepas lima hari dilahirkan dikongsi kumpulan anti-vaksin di platform media sosial itu untuk menyokong pendirian mereka mengenai keburukan vaksin.

Lebih mengejutkan Dzurriana atau lebih mesra disapa Yiyin, pengikut kumpulan anti-vaksin itu mendakwa kem4tian anaknya, Muhammad Yusuff Aymen berpunca daripada suntikan vaksin.

“Mula-mula tu of course sedih sebab anak meninggal tiba-tiba. Mula-mula baca tu saya hampir nak terima tapi ada kawan nasihatkan saya supaya jangan baca benda bukan-bukan.

“Jadi saya biarkan dulu. Lepas tu saya buka semula link dan baca semua komen. Saya rasa apa yang mereka kata tu tak betul.

“Saya rasa kecewa, memang menangis jugalah sebab komen-komen mereka keterlaluan dan tidak menghormati perasaan saya,” katanya kepada mStar.

Malah wanita berusia 29 tahun itu turut menafikan dakwaan bahawa anak sulungnya itu men1nggal dunia disebabkan vaksin.

“Dakwaan kononnya anak saya meninggal sebagaimana perkongsian di Facebook kumpulan itu tidak benar sama-sekali. Saya tahu anak saya meninggal sebab apa tapi bukan disebabkan vaksin.

“Anak saya meninggal disebabkan pendar4han paru-paru (pulmonary hemorrhage). Tapi bila ada yang bash saya cakap sayalah punca (kem4tian) sebab bagi anak vaksin memang saya sedihlah.

“Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Tak ada siapa nak bu-nuh anak sendiri. Komen-komen mereka amat melampau,” katanya.

Sijil kem4tian Muhammad Yusuff menunjukkan punca kem4tiannya disebabkan pendar4han paru-paru.

Malah Yiyin turut meminta bantuan rakan-rakan untuk melaporkan artikel palsu itu dengan harapan dapat dipadamkan tetapi malangnya ia masih lagi dikongsi di laman Facebook kumpulan tersebut.

“Saya dapat tahu dari kawan saya yang tag saya dalam satu posting di FB. Bila saya klik tengok dan baca rupanya mereka screen shot cerita kemudian share untuk menyokong pendapat menolak vaksin.

“Jadi saya minta tolong kawan-kawan report post tu. Walaupun dah report tapi post tu masih ada. Saya bimbang orang ingat saya antara salah seorang daripada kelompok tersebut,” katanya.

Yiyin berkongsi kisah sedih itu menerusi ruang komen posting pakar bedah kelahiran Malaysia berkhidmat di London, United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri yang mendedahkan Facebook kumpulan anti-vaksin yang aktif di negara ini.

Laman Facebook yang ditubuhkan sejak 2016 itu kini mempunyai seramai 40,000 pengikut.

Yiyin mendedahkan postingnya diputarbelitkan laman Facebook kumpulan anti-vaksin

Bercerita mengenai pemergian anaknya selepas lima hari dilahirkan, Yiyin bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah.

“Walaupun realiti ini pahit untuk ditelan, saya kena kuat dan ada kalanya air mata tak henti mengalir bila rindu itu datang. Semuanya bagaikan mimpi. Hari pertama baby OK cuma hari kedua baby macam tak nak menyusu.

“Saya tengok dia macam susah nak bernafas. Jadi nurse pun bawa semula ke bilik nursery. Bila doktor check beritahu baby ada kena jangkitan kuman. Jadi baby akan diberikan antibiotik.

“Progress dia OK sehinggalah hari kelima tiba-tiba oksigen drop. Baby terus kr1tikal. Saya hanya berdoa semoga keajaiban berlaku tapi Allah lebih sayangkan anak saya,” katanya.

Jen4zah Muhammad Yusuff selamat dikebu-mikan di kampung halaman ibunya di Pengkalan Raja, Pekan Nenas, Johor pada 27 Oktober lalu.

Sumber : MSTAR ONLINE