“Terserempak Shah Rukh Khan,” – Win! Reaksi Selamba, Tenang Nazim Othman Jumpa King of Bollywood Vir4l

0
1901

Pelakon Nazim Othman kini berada di kepulauan Maldives selama beberapa hari bagi menikmati waktu cuti dari sebarang komitmen lakonan.

Lebih menarik, liburannya kali ini menjadi perhatian peminat apabila bintang Cindai itu ada memuat naik sepotong video pendek yang merakamkan figura terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan di lokasi percutian sama!

Momen tersebut berjaya dirakam Nazim. King of Bollywood itu dilihat berjalan bersama anggota keluarga sambil diiringi beberapa petugas.

“Terserempak Shah Rukh Khan & Family bercuti kat sini jugak,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Terserempak Shah Rukh Khan & Family bercuti kat sini jugak. 😋

Siaran dikongsi oleh nazimothman (@nazimothman) pada

Serentak dengan perkongsian itu, para peminat terus memberikan pelbagai reaksi.

Ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat reaksi daripada Nazim sendiri. Malah, ada juga rakan artis yang turut sama memberikan komen, termasuk Wany Hasrita dan Aprena Manrose.

Foto: Instagram Nazim Othman via Media Hiburan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here