Neelofa Jelaskan Keadaan Sebenar Susu Pisang Yang Menjadi Kontroversi Dan Dia Tetap Pertahankan Produk Susu Dia

KUALA LUMPUR: Pengacara dan usahawan popular, Neelofa mengaku perlu memperkemaskan aspek pembungkusan susu pisang keluarannya, Nilofa, selepas produk itu diperiksa Kementerian Kesihatan. Neelofa atau nama penuh, Noor Neelofa Mohd Noor, berkata pihaknya mengemukakan dokumen diperlukan bagi memastikan Nilofa dipromosikan sebagai produk susu berperisa pisang, selepas ini.

“Kementerian sudah memeriksa kilang dan gudang. Selepas membuat penelitian, alhamdulillah, kami perlu menambah baik pembungkusan produk menjadi susu berperisa pisang. “Kami sudah menghantar apa yang diperlukan untuk perkara ini diperbetulkan bagi pengeluaran akan datang,” katanya melalui video yang dimuat naik di Instagram, kira-kira sejam lalu.

Baru-baru ini, Neelofa melancarkan susu pisang jenama Nilofa yang mencetuskan kontroversi apabila didakwa khasiat produk itu dipromosikan keterlaluan termasuk dikatakan mengandungi kadar gula tinggi.

Neelofa berkata, tiada tindakan diambil kementerian terhadap isu ‘over claim’ atau dakwaan keterlaluan membabitkan kelebihan Nilofa. “Ini kerana pada pembungkusan, tidak ada elemen yang menyatakan produk ini adalah untuk mengatasi obesiti atau boleh merawat itu dan ini,” katanya.

Neelofa berkata, siasatan mendapati maklumat dalam risalah produk Nilofa yang diedarkan pada sidang media, baru-baru ini, tidak dirujuk sebuah agensi yang dilantik syarikat, kepada kilang dan ibu pejabat. “Ketika saya menubuhkan syarikat ini, kumpulan saya sangat kecil. Jadi urusan pemasaran, operasi dan penjenamaan diserahkan kepada pihak lain atau ‘outsource’.

“Sudah tentu, jika saya tahu mengenai risalah ini, saya akan pastikan ia tidak diedarkan. “Ini kerana fokus syarikat (dalam menghasilkan Nilofa) bukan untuk merawat atau untuk kesihatan. Kami memberi tumpuan kepada produk gaya hidup,” katanya.

Neelofa berkata, pihaknya sudah berbincang dengan agensi terbabit untuk mengambil beberapa langkah sebelum memuat naik perkongsian, entri atau kenyataan selepas mendapat kelulusan syarikat. 

View this post on Instagram

. Perkongsian maklumat berhubung @nilofa.hq yang tular di twitter, facebook mahupun instagram dan telah mendapat perhatian ramai pihak. . @neelofa dengan rasa rendah diri tampil membuat penjelasan mengenai isu tular ini. Bagi memastikan perjalanan perniagaan Nilofa lebih lancar di masa hadapan Pihak NILOFA GROUP akan sentiasa berhubung dengan pihak-pihak berwajib seperti KKM untuk mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Segala sokongan dan kritikan amatlah kami hargai. Teruskan menyokong minuman gaya hidup trend terkini Nilofa.

A post shared by NILOFA BUSINESS GROUP (@nilofa.hq) on

Mengenai kandungan gula dalam Nilofa, Neelofa berkata, pengguna boleh membuat perbandingan dengan produk susu pisang lain. “Kalau masih ragu-ragu, pergi bandingkan Nilofa dengan produk lain. Saya pasti anda dapat tengok kandungan gula dalam Nilofa paling rendah. “Namun, disebabkan nama saya, orang tengok segala-galanya. Saya sangat hargai maklum balas diberi. Kami jadi lebih kuat dan teliti dalam memastikan apa yang dilakukan selepas ini,” katanya.

Sumber : BHARIAN ONLINE

Be the first to comment on "Neelofa Jelaskan Keadaan Sebenar Susu Pisang Yang Menjadi Kontroversi Dan Dia Tetap Pertahankan Produk Susu Dia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*