Anjing Cerdik Ini Begitu Rapat Dengan Gadis Ini. Setiap Hari Mesti Anjing Ini Akan Tunggu Gadis Ini Datang

e-SSM Portal

Semua orang tahu anjing itu spesies haiwan yang bijak dan dia boleh mengenali hati budi orang lain yang berbelas kasihan dengannya.

Dan kebanyakan orang juga tahu bahawa seorang Muslim tidak boleh menyentuh anjing dan memeliharanya sebagai haiwan kesayangan.

Namun, ini tidak bermakna seorang Muslim tidak boleh berhubungan kasih sayang dan berbelas kasihan terhadap seekor anjing seperti yang ditunjukkan oleh seorang gadis bernama Irwana.

Seorang netizen, Irwana @IrwanaNaqiyah menunjukkan sikap simpati dan belas terhadap seekor anak anjing jalanan comel berwarna putih yang ditemuinya berdekatan rumah. 

Berasa kasihan dengan nasib anak anjing yang dinamakan Rocky, Irwana kemudian mula memberinya makanan berupa nasi dan lauk.

Menerusi beberapa rakaman video yang dimuat naik di laman Twitter, Irwana dengan kapsyennya, “Anjing ini cerdik, nama dia Rocky. Tiap hari saya bagi dia makan. Anjing ini datang entah dari mana, jadi setiap tengah hari dia tunggu dekat situ dan saya bagi makan.”

Kebaikan hati Irwana yang mendapat tempat di lubuk hati Rocky dan rasa kekaguman para netizen. Kerana kebanyakan Muslim tidak boleh menyentuh anjing kerana ia menjadi larangan dalam Islam.

Namun, tiada salahnya kerana Irwana tidak pun menyentuh Rocky dan dia hanya memberinya makan. Irwana hanya meninggalkan nasi di tempat biasa Rocky yang setia menunggu dan kemudian melihatnya makan dari jauh.

Walaupun mereka tidak bersentuhan, akan tetapi hubungan mesra sesama makhluk tetap dapat dijalin. Rocky tahu benar Irwana seorang yang baik hati dan hanya mahu berperasaan belas terhadapnya.

Oleh kerana Rocky diberi makan setiap hari, anak anjing ini mula mengenali Irwana dan ahli keluarganya yang lain dan dia datang ke lokasi yang sama setiap hari untuk mendapatkan makanannya.

Sikap Rocky yang berasa teruja dan ceria dengan mengerak-gerakkan ekornya setiap kali Irwana datang bersama makanan membuktikan hubungan itu, seperti seekor anjing dengan orang yang dikasihinya.

Kisah hubungan Irwana dan Rocky begitu istimewa. Satu sikap membuktikan sungguhpun seorang Muslim tidak boleh menyentuh seekor haiwan yang dilarang dalam tuntutan agama, namun boleh menunjukkan kasih sayang dan belas kasihan.

Walaupun kita tidak boleh menyentuh anjing secara fizikal tetapi kita boleh menyentuh hatinya dengan memberikan bantuan makanan dan kasih sayang setiap hari. Maka, itu juga sudah mencukupi.

Sumber : ERA BARU

Be the first to comment on "Anjing Cerdik Ini Begitu Rapat Dengan Gadis Ini. Setiap Hari Mesti Anjing Ini Akan Tunggu Gadis Ini Datang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*