Roy Kembali Kepada Pekerjaan Lama Dia Selepas Dia Sedar Yang Diri Dia Tiada Pakej Cukup Dalam Industri Hiburan

PESERTA Gegar Vaganza musim keenam (GV6) yang tersingkir pada minggu kelapan iaitu Roy mendedahkan dia sangat komited untuk kembali aktif dalam bidang nyanyian.

Bagaimanapun, Roy berkata, dia sedar dirinya tidak mempunyai pakej lengkap yang boleh dijual dalam industri masa kini.

“Saya sangat komited untuk aktif tetapi tiada peluang. Keadaan sekarang sudah lain, mereka mahukan pakej. Mereka mahukan paras rupa, vokal hanya nombor dua. “Bukan nak merendah diri tak tentu fasal tetapi itulah realitinya. “Orang macam saya yang tak handsome, perut buncit begini, tiada hit songs. Saya apa yang ada? Lagu patriotik? Nak jual dengan apa?” ujarnya kepada mStar.

Roy diumumkan tersingkir daripada pentas GV6 pada minggu kelapan. Penyanyi yang popular dengan lagu Ratnaku itu ditemui pada sidang media selepas persembahan di konsert Gegar Vaganza musim keenam (GV6) pada Ahad.

HAJAT DIA TERCAPAI DAN KALI INI DIA BOLEH SAMBUNG BUSKING

Ketika disoal mengenai perancangannya selepas tersingkir dari program realiti nyanyian itu, Roy berkata, dia akan kembali membuat persembahanjalanan (busking). “Selepas ini saya akan kembali semula jadi busker. Kalau rezeki saya di tepi jalan pun, tepi jalanlah.

“Kalau orang minta saya nyanyi 50 lagu satu hari pun saya okey saja. “Saya tak kisah kerana memang niat keluar GV untuk sambung buat busking,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Roy berkata dia sudah menjangkakan hanya mampu bertahan sehingga minggu kelapan. Menurutnya, lagu Seniman Menangis tidak mencabar selain mengakui tidak berjaya membawa kelainan dalam persembahannya pada malam itu.

“Saya sudah menjangkakannya sebab lagu saya bukan lagu konsert tapi lagu lounge. “Malah lagu ini tiada cabaran. Sepatutnya saya perlu tampilkan kelainan dengan menyanyi lebih bagus dan lari dari bayang Jamal Abdillah.

“Lagipun keadaan kesihatan saya juga tidak begitu baik pada minggu ini kerana mengalami sakit tekak. Suara hampir terkoyak kerana bengkak di dalam. Jadi saya banyak berjaga-jaga takut suara pecah kalau buat lebih-lebih,” ujarnya.

Sumber : MSTAR ONLINE