(VIDEO) Mesra Dengan Seorang Gadis, Khairul Aming Dah Berpunya? – “Nak Yang Ini Lah”

Baru-baru ini, tul4r video memaparkan pempengaruh media sosial, Khairul Aming yang dilihat mesra berbual bersama seorang gadis di sebuah kafe minuman di Kota Bharu, Kelantan.

Menerusi video tersebut, Khairul Aming turut memakai persalinan baju raya dengan tema warna biru yang seakan-akan sama dengan gadis berkenaan.

Bukan itu sahaja, pempengaruh itu juga dilihat mendengar sesuatu dari telefon bimbit gadis berkenaan sambil bergelak ketawa bersama.

@63emiz Episode 23 : abe @Khairulaming ♬ Kecundang by Masdo – Sofea Yaya

Malah, gadis itu sendiri turut memuat naik dua keping foto memaparkan pempengaruh itu dan mengatakan dia lebih memilih Khairul Aming daripada minuman yang dibeli.

Nak yang itu ke yang ini, yang ini lah.

Susulan itu, perkongsian tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai terutama para wanita yang meluahkan rasa kecewa selepas mengetahui dia sudah mempunyai teman wanita.

Meninjau di ruangan komen, mereka juga berselor0h kononnya merajuk dan tidak mahu lagi melihat video masakan pempengaruh itu kerana patah hati.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : beautifulnara