Intan Sarafina Kembali Buka Tudung? Kongsi Gambar Free Hair Di Instagram

Berada di luar negara sejak akhir tahun 2022, penyanyi Intan Sarafina mencetvskan tanda tanya apabila berkongsi foto-fotonya yang tidak lagi berhijab.

Menerusi hantaran terbaharu sempena ucapan Aidilfitri di perantauan, Intan yang manis berbaju kurung merah jambu turut kelihatan tidak lagi bertudung.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝑰𝒏𝒕𝒂𝒏 𝑺𝒂𝒓𝒂𝒇𝒊𝒏𝒂 (@intansarafina)

Manakala, ruangan komen pada media sosialnya juga kebanyakannya sudah ditutup dan dihadkan.

Kali terakhir Intan berkongsi fotonya berhijab ketika pertengahan Mac lalu.

Intan yang aktif bersenam dan melakukan aktiviti riadah dengan berjoging sebelum ini kerap mengenakan topi dan hoodie.

Terdahulu, pelantun lagu Duhai Malam itu mendedahkan mula bertudung sekitar awal tahun 2021.

Memetik laporan media, Intan mengaku mulai berhijab selepas terjatuh dan mengalami retak tulang di bahagian jari kelingking kaki kiri hingga dimasukkan ke wad pada 17 Januari 2021.

Untuk rekod, Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin Dr Ahmad Zulkiflee, 47, pada Oktober 2008.

Pasangan itu dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, 14, Megat Ifrafel Raez, 12, dan Megat Noah Raez, 9.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:GEMPAK