Suka Kongsi Resipi, Bakat Memasak Eina Azman Jadi Pertikaian – “Suami Dia Kaya Boleh Lah, Ada 4 Bibik Tolong”

Seperti yang ramai ketahui, pelakon, Datin Paduk4 Eina Azman rajin berkongsi video resipi masakan di laman Instagram miliknya.

Bagaimanapun, ada segelintir pihak yang mempertikaikan kemampuan Eina memasak di dapur memandangkan dia dibantu oleh empat orang pembantu rumah.

Bukan itu sahaja, netizen turut mengatakan bahawa dia tidak perlu bersusah-payah memandangkan suaminya, Datuk Paduk4 Kaiser Gurmeet Harden merupakan seorang yang berada.

Jangan cakap ‘Eina boleh la suami dia kaya‘. Gais, kalau kaya-kaya pun, tu duit suami saya. Saya tak pernah cakap saya kaya.

@einaazman13

Happy Birthday to my Bikna yang ke 38 tahun. Semoga panjang umur n sentiasa happy. Terima kasih sebab banyak tolong meringkan kerja saya di rumah, saya hargai sangat🙏🏻 Insyallah lepas Bik Mega balik Acheh Bikna akan naik pangkat jadi Chief pula 😜😜 Hope kamu happy dengan segala aktiviti kita nonton movie “Kkn Desa Penari”, makan non stop n hadiah kecil saya utk kamu itu😘 Saya sayang kamu semua❤️❤️❤️

♬ original sound – Heyhamilatul🔵 – 🍓

Saya masak banyak pun orang pertikaikan, dah habis masak ada orang tolong kemaskan. Biar lah, I dah masak pun, I bagi maid I makan.

Dalam pada itu, Eina atau nama sebenarnya Ainur sy4kina binti Azman menjelaskan dia memasak dalam hidangan yang besar kerana turut dihidangkan untuk pembantu rumah.

Kalau I masak, I yang potong bahan, I jugak yang cuci pinggan mangkuk, then what’s the point I ada banyak maid. Baik maid I jadi madam, I yang jadi maid.

@einaazman13 With Bikga n Bikna 😘 #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp ♬ Title – Meghan Trainor

Jelas pelakon berusia 28 tahun itu lagi, dia memerlvk4n bantuan empat orang pembantu rumah ketika memasak kerana sering menyediakan hidangan besar terutama pada hari perayaan.

Tambah Eina lagi, dia sendiri yang memasak untuk keluarga pada sambutan hari Raya tanpa memanggil mana-mana tukang masak.

Selalu pertikai ‘aku pun boleh masak banyak-banyak‘. Hey!! awak boleh ke masak untuk Raya sampai 20 ekor ayam.. orang lain panggil catering lah.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : beautifulnara