“Mana Nak Cari Majikan Macam Ni” Siap Dapat Bonus..Tutup Sehari Kedua-dua Kilang, Khairul Aming Bawa Semua Staf ‘shopping’ Raya

Pempengaruh dan juga usahawan terkenal, Khairul Aming telah berkongsi video membawa staf-staf yang berkerja di dua buah kilangnya pergi membeli kelengkapan raya sempena Aidilfitri tidak lama lagi.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Khairul Aming memaklumkan yang dia telah menutup operasi kedua-dua buah kilangnya di Kelantan selama satu hari demi menggembirakan para pekerja.

Tak hanya itu, pempengaruh berkenaan juga membawa mereka semua berbuka di hotel dan turut memberikan bonus sempena Aidilfitri beberapa minggu lagi.

Tambahnya, dia turut telah merancang untuk membawa para pekerja bercuti selepas hari raya nanti.

Perkongsian yang dibuat oleh Khairul Aming atau nama sebenarnya, Khairul Amin Kamarulzaman itu mendapat perhatian ramai terutamanya warganet apabila melihat jumlah bonus yang diberikan kepada para pekerjanya.

VIDEO:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

Susulan daripada itu, ramai yang men1ngg4lkan komen memuji tindakan bijak pengasas Sambal Nyet itu dalam menghargai para pekerja yang menjadi penggerak kepada perkembangan perniagaan yang diusahakan olehnya.

Mereka juga berharap agar para founder dan majikan menjadikan pemuda berusia 31 tahun itu sebagai contoh dalam menghargai staf yang bertungkus lumus memajukan lagi perniagaan.

Untuk rekod, Khairul Aming telah membuka kilang pertamanya pada tahun 2021 dan diikuti kilang kedua pada tahun 2022. Kedua-dua kilang tersebut telah dibuka di Kelantan.

Perniagaan yang dibangunkan oleh pempengaruh tersebut sedikit sebanyak membuka peluang pekerja di kampung halamannya kerana menggaji anak-anak tempatan bagi memproses Sambal Nyet yang sentiasa mendapat permintaan tinggi di Malaysia.

Sumber: Instagram Khairul Aming

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : OMM