[Video] Bayi Terpaku Dengar Anuar Zain Nyanyi Secara ‘Live’ , Netizen Pula Cembvru – “Untung La Dapat Seat Paling Depan”

Nyanyian daripada penyanyi terkemuka tanah air, Anuar Zain pastinya membuatkan para pendengar terpuk4u kerana suaranya yang merdu.

Begitulah kisah seorang bayi yang dilihat ‘starstuck‘ apabila mendengar penyanyi lagenda itu menyanyi di sebelahnya.

Sedapnya suara

Menerusi video di TikTok, Anuar Zain atau nama penuhnya Shahrul Anuar Zain dilihat sedang menyanyikan lagu ‘Lelaki Ini’.

Video:

@empiremadanon Sape suruh jadi KJ, Kan #khairyjamaluddin #kj #resetumno #fighter ♬ suara asli – hierapsz. – rafii_mvl

Apa yang menarik perhatian netizen apabila bayi yang dikenali sebagai Efraim itu kelihatan terpaku melihat Anuar Zain yang menyanyikan bahagian korus lagu tersebut.

Video itu meraih lebih daripada 400,000 ribu jumlah tontonan yang terhibur dengan reaksi bayi lelaki itu.

Untung kau dik

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui Efraim yang melihat secara live pelantun lagu ‘Sedetik Lebih’ itu menyanyi walaupun masih kecil. Selain itu, terdapat juga netizen yang memuji suara Anuar Zain yang kekal sama dari awal penglibatannya dalam dunia nyanyian.

Sumber: TikTok @syaqirramni

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://ohbulan.com/