“Jangan Pusing Cerita”, Ziana Zain Kes4l Keluar Berita Kelirvkan Peminat Dan Keluarga

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan penyanyi kesayangan ramai, Ziana Zain ini. Kariernya memuncak naik sejak dari era 1980-an dan Ziana Zain juga berbakat dalam bidang lakonan.

Bagaimanapun baru-baru ini Ziana Zain meluahkan rasa kes4l apabila keluar berita mengelirukan peminat dan keluarga yang didakwa ditulis oleh seorang blogger. Laporan yang ditulis itu mendakwa Ziana Zain sudah memaafkan dan tidak menyimpan dend4m terhadap bekas suaminya, Armin Zaharin Ahmad Zambri.

Kenyataan Ziana Zain diput4r b3lit

Difahamkan laporan itu ditulis selepas penyanyi ini ditemui media selepas majlis berbuka puasa anjuran Rizman Ruzaini baru-baru ini. Penyanyi yang cukup terkenal menerusi lagu Madah Berhel4h itu memaklumkan kepada media dia tidak menyimpan dend4m terhadap bekas suami dan tak pernah halang anak-anak bertemu bapa mereka.

Bagaimanapun kenyataan itu telah diput4r b3lit hingga timbul salah faham dan persepsi Ziana sudah berbaik semula dengan Armin.

Laporan tak tepat timbul kekeliruan

Menurut Ziana Zain, disebabkan laporan yang menukar kenyataan tersebut kepada berbaik semula dengan bekas suami telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pembaca, termasuk keluarga dan rakan-rakannya.

“Saya tak suka mar4h. Tapi laporan tidak benar seperti ini membuatkan saya kecewa dan sangat mar4h,” kata Ziana Zain.

“Macam mana boleh keluar cerita macam ini?”

Tambahnya lagi, dia sendiri terkejvt apabila ada keluarga yang hubungi Ziana dan bertanyakan mengenai adakah dia sudah berbaik semula dengan bekas suami seperti yang dilaporkan blogger itu.

“Saya takvt, lain yang saya cakap, lain yang ditulis. Awal pagi keluarga hubungi saya, bertanyakan benarkah saya sudah berbaik semula (dengan bekas suami) seperti yang dilaporkan blogger berkenaan.

“Astagfirullahazim, macam mana boleh keluar cerita macam ini?, kata Ziana Zain kes4l mengenai perkara tersebut.

Mohon jangan pusing cerita

Ziana Zain atau nama penuhnya Siti Roziana Zain mengulas lanjut agar kenyataannya sebelum ini tidak diput4r b3lit lagi untuk elakkan timbul salah faham dan kekeliruan.

“Jangan tulis perkara yang saya tak cerita. Saya ada anak, kalau mereka tanya (tentang perkara itu), saya nak jawab apa? Jangan pusing cerita. Apa yang boleh saya katakan, keadaan saya sekarang, Alhamdulillah,” tambahnya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : syor.com