Puteri Sarah Masuk Hospital, Mohon Maaf Buat Peminat Di Singapura

Sebaik saja pulang dari Dubai baru-baru ini, pelakon Puteri Sarah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur akibat mengalami kepenatan.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Puteri Sarah turut memohon maaf buat peminatnya di Singapura serta semua pihak kerana tidak dapat meneruskan kerja.

Menurut Sarah lagi, dia memerlukan rehat serta pantauan oleh doktor dan akan kembali bekerja semula apabila sudah sihat.

“Akhirnya Sarah tumb4ng juga. Saya perlukan rehat dan perlu dipantau oleh doktor, InsyaaAllah apabila sihat Sarah akan bekerja semula.

“InsyaAllah kepada semua peminat Sarah di Singapura, kita akan bertemu di lain masa. Doakan Sarah. Saya sayang semua,” tulisnya.

Terdahulu, Puteri Sarah baru sahaja pulang dari menunaikan umrah kemudian bercuti ke Dubai bersama kedua-dua anaknya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Rotikaya