Jiran Arw4h Abam Bocey Ded4h Apa Yang Mereka Nampak

Sebelum ini, pelawak Ali Puteh memaklumkan dia tidak berada di rumah arw4h abangnya, Abam Bocey atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan ketika kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali hadir ke rumah tersebut baru-baru ini.

Namun begitu, baru-baru ini, adik Hidayah iaitu Mohd Zainuddin yang mended4hkan komen jiran arw4h Abam yang memaklumkan ada beberapa orang lain yang berada di dalam rumah berkenaan.

“Alhamdullilah masih dikelilingi orang-orang yang baik, Allah akan tunjukkan kebenaran sikit demi sedikit. Anda semua nilai lah sendiri, baikk senyap dari berkata-kata,” ujarnya Zainuddin di ruangan kapsyen.

Bagaimanapun, hasil carian di Facebook mengenai individu yang mengakui ‘jiran’ Abam itu tidak berjaya ditemui dan sejauh mana kesahihan perkara tersebut belum dapat dipastikan lagi.

Sebelum ini, Ali menjelaskan bahawa dia tidak berniat untuk membuat video mengenai perkara terbabit namun, pihak b4lu Abam yang telah memulakan fitn4h tersebut kepada umum.

Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 33 tahun itu memaklumkan pada hari kejadian, Hidayah tidak memberitahu kepadanya untuk hadir ke rumah tersebut bahkan, dia tidak ada di rumah kerana berada di tempat kerja.

Malah, dia meluahkan rasa terkiilan apabila Hidayah memuat naik video tersebut dengan mended4hkan keadaan rumah yang tidak terurus walhal mereka akan potong rumput pada setiap bulan.

Sumber: Facebook @Mohd Zainuddin, OMM

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook