Wajah Zul Ariffin Semakin Berseri Dan Tenang Setelah Selesai Tunai Umrah Kali Pertama

Pelakon kacak Zul Ariffin menerusi perkongsiannya di Instagram (IG), dilihat sedang mengerjakan ibadah umrah buat kali pertama.

Pelakon Zul Ariffin selesai menunaikan ibadah umrah buat kali pertama pada Rabu.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Zul atau atau nama sebenar, Zulkifli Ariffin memuat naik fotonya di hadapan Kaabah beserta kapsyen ringkas, “Selesai.”

Zul Ariffin tunai umrah

Pelakon filem Sangkar itu juga turut memuat naik video fotonya bersama Allahyarham ibu, yang mana dia mendedikasikan ibadah yang dilakukan itu buat ibunda tercinta.

Dalam kemas kini sebelum itu Zul hanya berkongsi emoji berbentuk Kaabah, tangan (menadah doa) dan simbol hati sebagai simbolik kesyukuran dapat menyempurnakan ibadah umrah di ruangan kapsyen.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen apabila rata-rata pengikut Instagramnya turut berkongsi rasa syukur dan gembira apabila pelakon kesayangan mereka dapat menyempurnakan ibadah yang menjadi dambaan seluruh umat Islam tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

Menerusi hantaran pemilik nama Zulkifli Ariffin, dapat dilihat pelakon berusia 36 tahun itu mengenakan ihram sambil mengukir senyuman manis di hadapan Kaabah.

Rata-rata peminat Zul mendoakan agar ibadah umrahnya mabrur selain ramai mengatakan wajah pelakon berusia 36 tahun itu kelihatan berseri-seri sepanjang berada di Tanah Suci.

Alhamdulillah

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by zul_ariffin (@zul_ariffin)

“Alhamdulillah, moga mendapat umrah yang mabrur.

“Alhamdulillah, Zul Ariffin telah menjadi antara insan pilihan Allah menjejakkan kaki ke kota suci Mekah. Semoga mendapat umrah yang mabrur. Amin.

“Alhamdulillah, the most beautiful place in the world.

‘Semoga dipermudahkan’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur kerana pelakon itu dapat mengerjakan ibadah umrah. Malah, ada juga di antara mereka yang mendoakan agar segala urusan Zul dipermudahkan.

“MasyaAllah berseri-seri wajah. Alhamdulillah.

“Sejuk mata memandang,” komen beberapa netizen.

Sebelum menunaikan umrah, Zul terlebih dahulu singgah di Doha, Qatar dan Dubai untuk urusan kerja.

Foto: Instagram Zul Ariffin

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH, Gempak