Puteri Sarah Aman Pihak Ketiga Tak Boleh Lagi G4nggu Hidupnya

Pelakon, Puteri Sarah Liyana mengesahkan orang ketiga yang didakwa mengganggu rumah tangganya bersama suami yang juga pengarah Syamsul Yusof, telah tampil memberikan keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) minggu lalu. Ira Kazar dipanggil ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Menurut Puteri Sarah, kini pihak Jawi sedang menjalankan penyiasatan terperinci berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak dapat memaklumkan tarikh sebenar keterangan itu dibuat berikutan enggan mengg4nggu siasatan.

Menurut Puteri Sarah lagi, pihaknya tahu tentang perkara itu namun tidak dimaklumkan lebih terperinci mengenainya serta meluahkan rasa syukur segalanya berjalan lancar.

“Saya hanya boleh sahkan ketika ini, dia sudah beri keterangan kepada pihak Jawi minggu lalu. Urusan kes ini akan ambil masa panjang dan masih lagi dalam siasatan tetapi saya syukur semuanya berjalan dengan baik,” katanya.

Mengharapkan kemenangan berpihak kepadanya, Puteri Sarah turut meluahkan rasa lega kerana kes tersebut menunjukkan progres meskipun perlu menunggu lama.

“Saya lega kes ini berjalan dengan baik dan harap ada kemenangan. Semua ini dilakukan demi saya dan anak-anak.

“Ada dua aduan dibuat iaitu satu di mahkamah syariah untuk dakwaan orang ketiga, manakala di mahkamah sivil untuk dakwaan melakukan ganggvan. Tak kisah menunggu lama tetapi asalkan semuanya berjalan, alhamdulillah,” katanya.

Ditanya adakah dia masih dig4nggu pihak ketiga, Puteri Sarah mengatakan hidupnya kini aman kerana tiada lagi g4ngguan.

“Setakat ini tidak ada lagi g4ngguan yang saya terima memandangkan pihak sana sudah menerima arahan injvksi. Sekarang hidup saya lebih aman dan tenang,” katanya.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: kosmo, cari forum, MH