Netizen Tak Suka Shuib Jadi DJ Baru Suria FM. Tak Sangka Ini Yang Mereka Kata

Akhirnya terjawab setelah ramai yang berteka-teki siapa yang bakal menjadi penyampai radio baru Suria FM bersama-sama dengan Ajak serta Suraya untuk segmen Morning Morning Suria.

Kekosongan tempat penyampai radio yang sebelum ini merupakan milik Fizi Ali bakal digantikan dengan pelawak, Shuib Sepahtu.

Berita tersebut telah dided4hkan kepada orang ramai ketika siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang diadakan di IOI City Mall, Sabtu lalu dan susulan itu, ramai berasa gembira melihat kemunculan Shuib sebagai penyampai radio semula.

Biarpun ramai berasa gembira mendengar khabar berita berkenaan, di Facebook, ada beberapa netizen kurang senang melihat pelawak tersebut mengganti tempat Fizi dan merasakan ada orang lain yang lebih layak daripada dia.

Bukan saja itu, malah netizen turut mendakwa segmen terbabit akan menjadi lebih ‘b1ngit’ dari yang sebelum selepas kemunculan Shuib.

Dalam pada masa yang sama, warganet merasakan pihak radio asyik mengambil orang yang sama tanpa memberi peluang kepada ‘budak-budak baru’ untuk meng4sah bakat mereka menjadi penyampai radio.

Sekadar info, sebelum ini Shuib Sepahtu pernah menjadi penyampai di stesen radio Hot FM selama dua tahun sebelum mengambil keputusan undur diri Januari lalu.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar