Upgrade’ guna 4 mesin, Syahmi Sazli terpaksa naikkan harga air balang

Selain dikenali dalam bldang lak0nan dan perfileman, Syahmi juga dilihat semakin berjaya dalam bidang perniagaan minuman air balang miliknya baru-baru ini sehingga mengaut keuntungan luar biasa.

Susulan mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pelanggan, Syahmi kini melaburkan modal perniagaannya dengan menggunakan empat biji mesin bagi memudahkan urusan.

Menerusi hantaran dikongsikan di laman Instagram miliknya, Syahmi memaklumkan pihaknya sudah mula berniaga dengan menggunakan empat biji mesin. Pun begitu, mereka masih lagi kekok menggunakan mesin tersebut memandangkan ia masih baru digunakan.

“Alhamdulillah, hari ini kami dah start (mula) guna empat biji mesin untuk air balang Mi… masih lagi kekok. Esok Jumaat (hari ini), Mi jual air balang ya. Mi standby (siap sedia) dalam 3,800 botol,”tulisnya dalam hantaran tersebut.

Dah takde ais dalam botol Air Balang Syahmi

Tambah Syahmi, disebabkan mereka menggunakan mesin dalam urusan harian, maka air balang tersebut tidak lagi mempunyai ais batu seperti mana yang pelanggan dapat terdahulu.

Syahmi berkata, dalam botol tersebut itu sememangnya seratus peratus air sahaja. Walau bagaimanapun, dia perlu menaikkan air balangnya kepada RM6.

“Tapi ni Mi nak bagi info sikit, bila guna mesin ni, dah takde ais dalam botol. 100% isipadu air saja iaitu 500ml. Jadi, bila dikira-kira modal, Mi terpaksa naikkan harga menjadi RM6 sebotol,”jelas Syahmi.

Lepas beli, jangan minum terus sebab pekat manis…

Dalam pada itu, Syahmi memberitahu kepada para pelanggannya supaya tidak minum terus selepas membeli air balangnya kerana ris4u ia manis.

Mi sarankan jangan minum terus yang tiada ais ini sebab pekat manis. Boleh balik minum dengan ais. Kalau terlalu manis, boleh tambah air,”terangnya lagi.
 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

Harga tak mahal mana pun… murah dah tu

Meskipun memaklumkan dia terpaksa menaikkan harga air balang, namun rata-rata warganet berpendapat harga yang diletakkan oleh Syahmi masih murah jika hendak dibandingkan dengan beberapa jenama minuman lain.

Terliurnya.. takde orang post guna J&T atau COD ke?

Sumber: Instagram @syahmisazli

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :OMM