Ramai dalam kalangan netizen yang agak terkejvt apabila Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengumumkan tentang pernikahannya dengan penyelidik daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong minggu lalu.
Nurul Izzah menerusi kemas kini Facebooknya menjelaskan, dia dan Shao Loong semalam disatukan pada petang 5 Ogos 2022 dengan berwalikan ayahnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wanita berusia 42 tahun itu turut meminta agar pengikut di media sosial dan juga orang ramai supaya mendoakan agar semuanya sentiasa berada di bawah perlindungan Allah SWT.
Lantaran daripada itu, ramai yang memuji penampilan Nurul Izzah pada hari perkahwinannya menerusi foto-foto yang dikongsi.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: Gempak