Mata Elyana Tak Berapa Jelas, Pendeng4ran Ros4k, Memori Hil4ng, S4kit Sar4f, Send1

Akibat bert4rung melaw4n k4nser selain rawatan kem0terapi sejak 12 tahun lalu, penyanyi Elyana memberitahu ia mula memberi kesan sampingan terhadap dirinya seperti mengalami masalah pendengaran dan penglihatan.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 35, berkata, kesan sampingan itu adalah perkara biasa dalam kalangan pes4kit k4nser sepertinya apatah lagi sudah terlalu lama menjalani rawatan selain pengambilan ubat-ubatan.

“Siapa kata senang jadi saya? Hari ini telinga saya pula tak dengar sebelah. Jadi mahu ke hospital lagi. Awak nak jadi saya? Kita tukar sekarang.

“Untuk pengetahuan anda, mata tak berapa jelas, pendengaran r0sak, memori hilang, s4kit sar4f, s3ndi dan macam-macam lagi. Itu adalah perkara normal untuk mereka yang terlalu lama men4han s4kit dengan kem0terapi atau radi0terapi serta ubat-ubatan,” katanya.

Foto: IG

Elyana berkongsi perkara tersebut menerusi IG story miliknya dan ia dilihat seperti menjawab persoalan seorang individu yang mendakwa dirinya lupa diri selepas disahkan beb4s k4nser pada Disember tahun lalu.

Penyanyi lagu Kalis Rindu ini mended4hkan mengh1dap k4nser limf0ma sejak 2010 ketika ters1ngkir di pentas Gegar Vaganza musim keempat pada tahun 2017.

Pada Rabu lalu, Elyana memuat naik beberapa hantaran perbualan dengan individu yang cuba memberi nasihat namun dilihat sebagai mengh1na dirinya.

Perkara tersebut dilihat berlarvtan apabila Elyana masih menerima jawapan bal4s pihak terbabit.

“Ingatkan diam dah. Baru nak maafkan. Inilah contoh zaman sekarang. Gunakan nasihat untuk beri lampu hijau menc4ci, m4ki orang. Akhirnya dia kata kita yang tidak boleh terima nasihat.

“Zaman sekarang nasihat datang dengan pakej musl1hat ke? Sehinggakan nilai nasihat itu semakin hilang,” ujarnya.

Menerusi komen individu berkenaan, dia menganggap penyanyi itu leka dengan kesihatan yang dimiliki kini.

“Melampau betul kau ini. Dah sihat macam ini pula perangai kau. Tidak boleh kena tegur. kau tengah suka peny4kit dah hilang, mana perasan apa yang kau buat sekarang.

“Orang beri nasihat, kau menc4bar pula. Kalau tak boleh kena tegur jangan post apa-apa. Melampau kau ini,” dakwanya.

Sumber: Cari

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: KL Menjerit