“Anak Keduaku, Khabib Umar,” – Akhirnya Syahmi Sazli & Isteri Timang Bayi Lelaki.

Filem 35MM arahan Syahmi Sazli pec4h rekod hari pertama tayangan. Jika filem pertama Youtuber dan pengarah terkenal berjudul Mael Totey The Movie Syahmi Sazli berjaya mendapat sambutan hebat ramai, nampaknya filem keduanya juga tidak mengecewakan buat peminat dan penonton filem tempatan.

Selain kejayaan filem tersebut, Syahmi hari ini mengumumkan satu lagi berita gembira dengan kelahiran anak kedua.

Tahniah diucapkan buat Youtuber yang juga pengarah filem, Syahmi Sazli, 27, yang selamat menyambut kelahiran anak keduanya.

Memaklumkan berita gembira itu menerusi satu hantaran terkini di Instagram, pengarah filem 35MM itu turut berkongsikan nama permata hatinya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

“Selamat datang ke dunia, anak keduaku… Khabib Umar,” tulis Syahmi.

Rata-rata pengikut Syahmi tumpang gembira dan mengucapkan tahniah ke atas kelahiran putera kedua.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Syahmi Sazli (@syahmisazli)

“ALHAMDULILLAH..TAHNIAH SYAHMI DAN ISTERI..MOGA SENTIASA DILIMPAHI REZEKI SERTA SIHAT DAN BAHAGIA SELALU..AAMIINN..YA RABBAL AALAMIINN..”

“alhamdulillah tahniah mi dan keluarga.. semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat berpantang nisa.. jaga diri ok.”

Terdahulu, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ainul Mardhiah pada 8 Januari 2019.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Ig Syahmisazli