Selepas 11 Bulan Berjalan Kaki, Akhirnya Jemaah Haji Berusia 52 Tahun Tiba Di Makkah

Mengambil masa hampir 11 bulan, seorang lelaki dari United Kingdom akhirnya selamat tiba di Mekah dengan hanya berjalan kaki untuk menunaikan haji. Misi yang dimulakan pada bulan lapan tahun lalu, lelaki itu mencvri tumpuan netizen di mana ramai yang turut mengikuti perkembangannya setiap hari.

Lelaki dikenali sebagai Adam Muhammad memulakan misi tersebut dengan membawa sebuah troli yang juga digunakan sebagai tempatnya berteduh. Perjalanannya berjalan kaki itu juga turut disertai oleh seekor anj1ng jalanan yang dijumpainya di Serbia sebelum ini.

SELEPAS mengharvngi perjalanan dengan berjalan kaki selama 11 bulan, seorang jemaah akhirnya tiba di Makkah untuk menunaikan ibadah haji tahun ini.

Jemaah itu menyempurnakan perjalanan sejauh 6,500 kilometer (km) dari Wolverhampton, Britain ke kota Makkah di Arab Saudi.

Jemaah itu merupakan warga Britain berusia 52 tahun, Adam Muhammad.

Warga Britain yang berasal dari Kurdistan itu berasa gembira sebaik tibanya di bandar itu.

Orang ramai yang berada di Masjid Aisha turut menyambut ketibaannya.

Adam berkata, dia memulakan perjalanan ke Makkah dengan berjalan kaki dari Britain sejak 10 bulan dan 26 hari lalu.

Perjalanannya melalui sembilan negara, untuk sampai ke Makkah bagi menunaikan haji pada tahun ini.

Sepanjang perjalanan, dia melalui Belanda, Jerman, Republik Czech, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum memasuki Arab Saudi.

Menurut Adam, dia mengharvngi pelbagai rint4ngan dan kesuk4ran dalam perjalanan yang penuh cab4ran, termasuk cuaca burvk.

Sepanjang perjalanannya itu, beberapa individu sempat membantu menolak trolinya itu bagi membenarkan lelaki itu berehat selepas sekian lama berjalan. Pada Ahad lalu, dia akhirnya selamat tiba di Kota Mekah dan kedatangannya itu turut disambut meriah oleh penduduk di sana.

Setibanya di Makkah, dia berkata, “Haji adalah keinginan saya yang paling tinggi dan impian teratas saya,” katanya.

Malah Adam juga turut sama berasa seb4k apabila penantiannya selama ini akhirnya berjaya selepas pelbagai dug4an yang ditempuhinya. Berdasarkan video-video yang dikongsikan sebelum ini, pelbagai ujian yang dihadapinya termasuklah diganggu oleh beberapa orang tidak dikenali.

Netizen yang mengikuti perkembangannya selama ini turut sama berasa seb4k melihat kejayaan lelaki itu menjejakkan kaki di Mekah. Videonya yang selamat sampai di Kota Mekah itu juga tul4r dikongsikan di media sosial dengan lebih sejuta tontonan setakat ini.

“Kalau Allah dah jemput kita, tak kiralah dengan jalan kaki sekalipun akan tiba juga.”

“Dia dah sampai ke tanah suci dari negara dia berjalan kaki. Berjalan beribu-ribu kilometer guna kaki, tolak stroler…”

“Alhamdulillah akhirnya sampai juga. Saya mengikuti beliau dalam perjalanan ke mekah.”

“Siapa yang ikut kisah uncle Adam dari awal dia gerak dari UK serius mesti rasa nak nangis…”

Bercakap kepada pemberita, Adam berkata, dia bangun pagi suatu hari dan berhasrat untuk berjalan kaki bagi menunaikan haji dan dia berjaya melakukannya. – Gulf Today

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar, hcl