Lagu Let It Go Versi Nyanyian TokTi, “Nyanyi Mcm Ni Pun Da Merdu Sangat2”

Siapa sahaja yang tidak mengenali Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tok Ti ini. Beliau adalah penyanyi nombor satu negara dengan populariti cukup luar biasa sekali. Bukan sahaja terkenal di Malaysia malah turut terkenal di negara jiran.

Memulakan kariernya sejak remaja lagi, kini Tok Ti sudah pun dikurniakan dua cahayamata. Namun suaranya masih sama seperti dahulu dan tetap merdu didengar. Bagaimanapun, baru-baru ini satu video yang memaparkan Tok Ti bersama anaknya Siti Aafiyah telah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak dalam rakaman tersebut kedengaran lagu Let It Go yang menjadi runut bunyi rasmi filem animasi Frozen dinyanyikan semula oleh penyanyi popular tersebut. Berikut adalah perkongsian rakaman lagu Let It Go nyanyian Tok Ti ini:

VIDEO:

Wow, nyanyikan lagu popular kanak-kanak ini pun sedapnya bukan main! Apa-apa pun perkongsian rakaman yang dimuat naik di TikTok ini telah meraih lebih 162 ribu tontonan dan 5 ribu likes. Rata-rata warganet men1ngg4lkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Bercakap pun sedap aduii apa TokTi ni telan. My mom minat giler”

“Bagi Tok Ti nyanyi macam bese2 tapi kite dengar dah macam buat konsert”

“MasyaAllah Mak Iti nyanyi cam ni pun da merdu sangat2…”

“Bertuah Aafiyah ada ibu boleh nyanyi”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:HCL