Dengan lebih 86 juta undian, Janna Nick diumum Bintang Paling Popular. Ini Biodata Beliau

Dengan 86,374,777 undi, trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, milik artis serba boleh, Janna Nick.

Terdahulu, pelakon, pengacara, penyanyi dan pengarah popular berusia 26 tahun ini membolot trofi Pelakon Filem Wanita Popular mengetepikan Sherry Alhadad, Nelydia Senrose, Zahirah MacWilson dan Aprena Manrose.

Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner juga meraih trofi Pengacara TV Popular menewaskan Azira Shafinaz, Mira Filzah, Sherry dan Jihan Muse.

Sejak sembilan tahun lalu, Janna menjadi antara selebriti yang tidak pernah lekang dihimpit kontroversi.

Ada sahaja cerita negatif menghambat dirinya, baik dalam aspek kerjaya, peribadi mahupun imej. Semua ini mengheret bekas pengacara Melodi itu dalam kemelut tidak berkesudahan.

Mei lalu, gadis kelahiran Alor Setar, Kedah itu berkongsi menjalani rawatan dengan pakar psikiatri untuk mengubati gangguan bipolar disorder.

Dalam satu lagi pengakuan mengejutkan, Janna mendedahkan pernah dua kali cuba membunuh diri sepanjang hidupnya.

Terbaru, Janna terguris dilabelkan ‘orang gila’ oleh warga netizen apabila berkongsi sering mengalami situasi otak yang didakwa sangat ‘bising’ kerana mendengar lima suara sepanjang hari.

Biarpun terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada program hiburan sensasi, Melodi terbitan TV3 yang dikendalikan selama empat tahun berakhir 25 Julai lalu, minat Janna dalam dunia pengacaraan tidak pernah padam.

Baru-baru ini, Janna mengendalikan program ilmiah, Banteras COVID-19 terbitan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

ABPBH 34 yang berakhir malam tadi, dianjurkan secara hibrid tanpa penonton dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN).

ABPBH 34 bertemakan #KITABERSAMA dibawakan oleh Xiaomi.

Janna Nick dijulang Bintang Paling Popular ABPBH ke-34 disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL). – Foto NSTP

Rupa-rupanya Janna Nick penghidap bipolar, akui pernah cuba bunuh diri – “Saya tak punya keluarga yang sempurna…”

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, berkata dia kini sedang menjalani rawatan dengan mengambil ubat atas nasihat doktor.

“Saya telah didiagnos secara klinikal menghidap penyakit bipolar. (Sekarang) saya berehat daripada menggunakan media sosial untuk fokus pada diri sendiri.

“Sudah seminggu (dan masih berterusan) saya makan ubat antidepressant.

“Selama ini saya ingatkan fikiran saya berfungsi sama seperti orang lain… ingatkan semua orang ada lebih daripada tiga atau empat suara dalam kepala mereka,” katanya.

Bipolar merupakan penyakit kemurungan manik yang menyebabkan gangguan ment4l.

Janna berkongsikan tentang peny4kitnya di Instagram.

Pelakon drama Marry Me Senorita ini juga menganggap suara-suara dalaman yang sering bermain di fikirannya adalah sesuatu yang normal sehinggalah dia mendapatkan rawatan.

“Saya memang ingat ia adalah normal untuk suara dalaman itu… untuk sentiasa bercakap satu sama lain seperti sedang melakukan perbincangan kumpulan.

“Sehinggalah saya sedar (yang perkara itu tidak normal) selepas saya mula makan ubat.

“Saya tak tahu (penyakit bipolar ini datang) disebabkan faktor genetik atau disebabkan kehidupan masa silam saya,” ujarnya lagi.

Saya telah didiagnos secara klinikal menghidap peny4kit bipolar.

Kekasih kepada aktor Dini Azan Schatzmann, 27, ini juga membuat pendedahan mengejutkan bahawa dia pernah membuat cubaan bunuh diri sebanyak dua kali diusia remaja.

“Seawal usia lapan tahun saya rasa nak mati. Kehidupan kanak-kanak saya tidak seperti rakan-rakan yang lain. Seingat saya, sepak terajang memang jadi ‘makanan’ buat saya.

“Saya pernah cuba untuk bunuh diri ketika usia 14 tahun dengan menelan beberapa biji panadol yang dicampurkan dengan ubat-ubat lain yang saya boleh dapati pada ketika itu.

“Saya tidak mempunyai sebuah keluarga yang sempurna… dulu duduk dekat sekolah berasrama, jauh.

Janna tak dapat kawal perasaan kerana tek4nan kerja.

“Kali kedua saya cuba bunuh diri adalah setahun selepas itu… ketika tahun saya sedang menduduki PMR (Penilaian Menengah Rendah), saya kelar pergelangan tangan di hadapan adik saya sendiri,” luahnya.

Menerusi laporan mStar sebelum ini, Janna memuat naik sebuah video sedang menangis disebabkan tekanan yang dihadapinya.

Dalam video tersebut, pengacara Melodi itu berulang kali memberitahu dia penat memikirkan tentang kerja, namun terpaksa meneruskan demi mencari rezeki untuk keluarga.

Biodata

1. Pemilik nama penuh Nurul Jannah binti Munir.

2. Lahir pada 1 Jun 1995 di Sungai Petani, Kedah, Malaysia. Berumur 24 tahun (2019).

3. Berketinggian 1.65 meter.

4. Anak kedua daripada empat adik-beradik. Abangnya, Mohamad Firdaus, manakala dua adik perempuannya ialah Nurul Balqish dan Nur Iris Rose Sofiea.

5. Sepupunya, Adam Lee juga merupakan pelakon.

6. Berdarah kacukan Cina, Pakistan dan Thai.

7. Sewaktu kecil, beliau pernah tinggal di Amsterdam, Belanda selama tiga tahun.

8. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur.

9. Memulakan karier seni di usia sekitar 5 hingga 7 tahun sebagai model iklan komersial dan video korporat.

10. Bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA Pendang, Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas dan Sekolah Menengah Kebangsaan Danau Kota.

11. Sewaktu zaman persekolahannya, beliau aktif dalam pasukan sorak serta gemar memasuki pertandingan nyanyian.

12. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

13. Pernah ditawarkan menyambung pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Arau, Perlis, namun menolak kerana ingin memberikan tumpuan kepada kerjaya lakonan yang diceburi.

14. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2012.

15. Merupakan pelakon, model, penyanyi dan pengacara.

16. Lakonan pertamanya menerusi telefilem Cinta Vlog, membawa peranan sebagai Risa, watak pembantu di sisi teraju utama, Aliff Aziz dan Wawa Zainal.

17. Pernah membintangi filem Kimchi Untuk Awak dan Kerja Kahwin. Juga telefilem, antaranya Sayang Suria, Mek Kelate, Tangisan Izara, Di Pintu Syurga, Trauma dan Enam.

18. Termasuk drama Jodoh, Kasih Berbisik, Syurga Nur, Kau Aku Kita, Jawatankuasa Kampung Kalut (J.K.K.), Biar Aku Jadi Penunggu, My Coffee Prince, Isteri Untuk Diiktiraf dan banyak lagi. Tidak ketinggalan teater Zombie La La La.

19. Pemegang trofi Aktres Pilihan (drama Kau Aku Kita) dan Pasangan Pilihan (bersama Saharul Ridzwan) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016, Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, Pelakon Wanita Sensasi di Anugerah Telenovela 2017 dan Aktres Pilihan (drama Biar Aku Jadi Penunggu) di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018.

20. Sebagai penyanyi, beliau memperjuangkan genre muzik Pop dan R&B.

21. Pernah merakamkan single Mungkin Saja (OST Suami Tanpa Cinta) dan Akan Bercinta (OST My Coffee Prince).

 

Sumber:http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment on "Dengan lebih 86 juta undian, Janna Nick diumum Bintang Paling Popular. Ini Biodata Beliau"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*