VIDEO”Sambut Hari L4hir ke-18,” Gadis Terh4ru Dapat Hadiah Mustang dari Ibu Bapa

Setiap keluarga mempunyai cara tersendiri meraikan hari lahir anak-anak. Ada yang membuat majlis memotong kek dengan mengundang kenalan rapat dan ada juga yang memberikan kejutan hadiah yang tidak disangka-sangka.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang gadis di aplikasi TikTok apabila menerima kejutan daripada ibu bapanya pada hari lahir yang ke-18.

Dalam video yang dimuat naik oleh @aamyrae._, dapat dilihat reaksi terkejut serta terharu apabila dihadiahkan sebuah kereta Mustang oleh ibu bapanya.

Menangis dapat hadiah kereta

Dia yang baru sahaja keluar dari kereta terus tergamam apabila ibunya mengucapkan selamat hari lahir dengan menunjukan sebuah kereta Mustang berwarna hitam lengkap dengan reben di atasnya.

Gadis tersebut dilihat seb4k dan menitiskan air mata sambil memeluk ibunya kerana begitu terharu dengan pemberian yang tidak disangka-sangka.

Dah memang rezeki dia

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen dengan menyatakan turut berasa terkejut dengan hadiah yang diberikan lebih-lebih lagi ketika gadis berkenaan baru sahaja berusia 18 tahun.

Walau bagaimanapun, mereka juga tidak menafikan bahawa apa yang diterima adalah rezeki daripada Allah S.W.T dan tidak perlu berasa cemburu kerana ibu dan bapanya mampu untuk menghadiahkan kereta mewah kepadanya.

“Untungla, aku 18 tahun dapat hadiah botol air je”

Kaya tapi pakaian simple2 je

Tak payahla cakap untungla2

Ada pulak yang tuduh menunjuk

Kita tak tahu mungkin dia anak paling banyak susah senang dengan parents

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page 

Sumber: TikTok