“Tok Ti M4in Tiktok?” – Cab4r Diri Untuk Mencuba Bend4 Baru

PETALING JAYA – Mengikuti perkembangan semasa, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui aktif memanfaatkan aplikasi TikTok sebagai medan untuk mendekati peminat baharu terutama dikalangan orang muda.

Katanya, dalam situasi serba mencabar ini dia perlu be.rani mencuba pelbagai perkara baharu namun tetap beringat untuk berpada-pada dalam memuatnaik kandungan di aplikasi berkenaan.

“Saya cuba menawan Dan mendekati peminat baharu di kalangan remaja serta lingkungan golongan muda yang rata-rata tertumpu kepada medium tersebut untuk berinteraksi termasuk pengguna di luar negara.

“Dari situ saya sentiasa sedia untuk berkolaborasi memuatnaik video nyanyian terutama dengan rakan seperjuangan dari seberang seperti ibu Hetty Koes Endang sekali gus memperkenalkan dendangan lama yang malar segar.

“Alhamdulillah dapat banyak maklumbalas. Tidak bermakna kita mahu bersaing dengan orang muda kerana itu bukan matlamat saya.

“Namun sejauh mana mahu berkongsi atau ikut ‘trend’, saya tetap letakkan had. Apa yang anda lihat di TikTok itulah Siti Nurhaliza Dan itu jua had yang saya tetapkan,” katanya ketika pelancaran produk SimplySiti For All – Reflection Of Perfection’ dan sesi memperkenalkan duta SimplySiti.

Penghibur nombor satu negara itu memberikan mandat kepada penuntut tahun akhir Universiti Teknologi MARA (UiTM), Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, menjadi wajah jenama kecantikan popular miliknya.

“Syukur jenama SimplySiti mampu berdiri kukuh hingga tahun ke-11 ini biarpun seperti perniagaan lain yang turut berdepan dug4an sepanjang Perint4h K4walan Pergerakan (PKP) berlangsung.

“Kami bertuah kerana disokong pengguna setia serta pasukan yang kuat selain berusaha mempergiatkan dan mempelbagaikan corak pemasaran menerusi online termasuk Tiktok mendekati pelanggan.

“Selepas lebih sedekad SimplySiti di pasaran, buat julung kali syarikat melantik duta produk untuk bersama saya mempromosikan semua rangkaian produk kosmetik dan penjagaan kulit SimplySiti sekali gus menarik kelompok pengguna remaja.

“Saya sudah ada pengikut sendiri yang mengikuti sejak usia saya muda sampai umur sekarang tapi untuk saya mencuri hati remaja dan anak muda bagi saya Zahra sesuai mewakili mereka,” katanya.

Anak sulung daripada dua bersaudara itu dipilih antara lebih 700 peserta Pencarian Wajah SimplySiti pada Jun lalu yang dikatakan memiliki keperibadian tinggi, cantik dan bijak.

Ditanya mengenai pemilihan duta tidak berhijab, Siti mene.gaskan dirinya bersikap terbuka selain menyatakan sama ada bertudung atau tidak ia lebih kepada urusan peribadi seseorang.

“Sebenarnya kalau ikutkan saya pun tidak berhijab ketika mula-mula membawa jenama SimplySiti namun kemudian saya berhijrah serta berhijab. Jadi untuk jenama SimplySiti ini saya lebih terbuka.

“Bukan faktor bertudung atau tidak menjadi persoalan kerana ia personal. Bagi membawa nama SimplySiti, saya pilih orang yang ada keperibadian, wajah menarik dan bijaksana untuk menarik generasi baharu seperti Zahra mengenali produk saya,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:K! ONLINE

Be the first to comment on "“Tok Ti M4in Tiktok?” – Cab4r Diri Untuk Mencuba Bend4 Baru"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*