Kisah Perjalanan Terakhir Arwh Pelakon Benjy Yg Ramai Tidak Tahu Semasa Berada Di Indonesia

Selepas diberitakan perlu meringkuk dalam penjara Indonesia selama 11 tahun serta denda kira-kira RM312,500, tidak banyak bersimpati diluahkan terhadap Benjy ketika berita itu dimuat naik di media sosial.

Sebahagian daripada mereka menganggap hukuman berkenaan layak buat pelakon terbabit, manakala yang lain berpendapat Benjy sepatutnya belajar daripada k3silapan lalu.

Apabila My_CrimeWatch memuat naik berita mengenai Benjy pelbagai komen balas dapat dilihat.

“Jangan balik ye, kami tak nak kau,” kata pengguna akaun @HafizHafizudin2.

Seorang lagi pengguna Twitter, @jektheraper, berkata dia tidak menyangka anak seniwati Azean Irdawaty itu masih tidak serik-serik dikaitkan aktiviti memiliki dan mengedar da.dah.

“Hari itu terang-terang kena serbu kondo jadi makmal buat dad.ah tapi lepas. Ingat insaf dah. Tapi hampeh. Mereputlah kat Indonesia itu,” katanya.

Ini bukan kali pertama Benjy dikaitkan dengan k3s dada.h kerana dia pernah ditahan sebanyak empat kali atas k3salahan sama di Malaysia.

Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 39 semalam dij4tuhi huku.man penj4ra 11 tahun   atas k3sal4han cuba menyel.udup dad.ah jenis met.ha.mphet.amine melalui dubvr ketika berkunjung ke Medan, Indonesia.

Benjy ditahan kerana memiliki 4.5 gram bahan nark.otik ketika sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu pada April lalu.

Selain meringkuk dalam penj4ra, dia turut dikenakan d3nda AS$74,000 (RM312,539) oleh Mahkamah Daerah Medan.

Tempoh hukuman terbabit bagaimanapun kurang berbanding 14 tahun dipohon pendakwaan. Malah Benjy juga terlepas daripada hukuman ma.ti.

“Kami mengumumkan defendan didapati bers4lah kerana membelakangkan undang-undang memiliki dan mengawal nar.kotik,” kata hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna media sosial yang berharap huku.man penj4ra itu mampu memberi pengajaran buat Benjy.

“Bersyukur la Benjy sekalipun penj4ra 11 tahun. Daripada kena gan.tung. Bukan sekali dua ni. Semoga diberikan hidayah,” kata pengguna akaun @AnaaHoho

Indonesia terkenal kerana mengamalkan undang-undang ketat nark.otik dan individu yang ditangkap cuba menyel.dup lebih daripada lima gram bahan terkawal boleh dikenakan hukuman ma.ti.

Melalui akaun Facebook Harian Metro pula pola yang sama juga dapat dilihat.

Khatijah Rahais misalnya menulis: Dulu masa ko tengah naik.. hebat lakonan semua disanjung. Sekarang sebab tawaran lakonan dah tak ada, pelakon kayu lagi orang minat daripada pelakon berbakat. Disebabkan des4kan hidup dipilih jalan yang salah. Mungkin dah biasa hidup senang. Harap lepas nie Benjy berubah.”

Shahrul Hafiz pula menulis: “Tak pe la bro, relax2 dulu, nasib lu cam tu, belajar la benda baik kat dalam. Semoga bebas nanti lu berubah. Akan datang silap2 lu jadi lebih baik. Tengok Ameng Spring boleh baca Quran dengan baik, Allah dah tentukan, wa doa lu baik2 aje.”

Apa khabar pelakon Benjy…(2018)

MASIHKAH anda ingat kisah seorang pelakon Malaysia yang sedang dipenj4ra di Medan, Indonesia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Benjy?

Dua tahun lalu, dia dijatuhi huku.man penj4ra 11 tahun dan denda sebanyak Rp800 juta (RM251,359) oleh Mahkamah Indonesia atas cubaan menyeludup syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Sumatera.

Sehari selepas Benjy dijatuhi huk.uman, adiknya Elza Irdalynna membuat luahan tentang isu tersebut.

Anak kepada seniwati Allahyarham Azean Irdawaty itu menulis, walau Benjy membuat sal.ah dan keputusan tidak baik, Benjy tetap abangnya, tetap dar.ah dagingnya.

“Dia merupakan abang yang menjaga saya dan adik perempuan saya semasa ibu bapa kami keluar bekerja. Sejak kecil lagi, dia diberi tanggungjawab untuk menjaga rumah kami dan terpaksa mengor.bankan masa bermainnya dengan rakan sebaya supaya dia boleh menjaga kami.

”Pada Disember tahun lalu, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawat Benjy di penj4ra mended4hkan, Benjy berdepan risiko mengh.idap s4kit tibi jika tidak dira.wat dan memerlukan dana sebanyak RM1,000 sebulan.

Kenapa cerita Benjy timbul pula setelah sekian lama?

Beberapa minggu lalu, penulis berpeluang menonton filem Sanju. Lakon layar filem itu digarap molek sekali oleh sutradaranya, Rajkumar Hirani dan ditulis oleh Hirani dan Abhijat Joshi.

Filem itu yang diadaptasi daripada kisah benar aktor Bollywood, Sanjay Dutt benar-benar menyentuh perasaan serta membuat penonton berfikir mengapa seseorang melakukan k3salahan berulang dan siapakah pencetus untuk mereka kembali ke pangkal jalan?

Liku-liku kisah Benjy ini hampir menyamai kehidupan Sanjay Dutt. Andai ada yang berpeluang menonton filem ini, fikirkanlah Benjy.

Kita pernah dihiburkan dengan hasil lakonan ibu dan anak ini.

Khabar Benjy dari penjara (2019)

“AKU lama lagi kat sini. So, please doakan yang k3sihatan aku lebih baik sebab I need to be healthy to survive here. Doakan segala usaha aku untuk pulang dipermudah.”

Demikian nota yang ditulis pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim, 40, atau Benjy yang kini menjalani huku.man penj4ra 11 tahun tiga bulan di Penj4ra Tanjung Gusta, Medan, Indonesia akibat k3salahan da.dah.

Nota bertarikh 15 Disember 2018 yang ditujukan kepada sahabat dan rakan artis itu diserahkan kepada Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang melawat pelakon itu pada 15 hingga 18 Disember lalu.

Benjy ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu di Deli Serdang Sumatera Utara pada April tahun lalu kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 4.5 gram dan dijatuhkan huku.man penj4ra selama 11 tahun tiga bulan.

Zed berkata, keadaan k3sihatan Benjy yang sudah menjalani huku.man hampir dua tahun itu kurang memuaskan kerana menghi.dap asma dan sering mengalami b4tuk-b4tuk.

“Ketika melawatnya, suasana memang se.dih. Benjy jumpa saya dan peluk erat agak lama. Dia kata, kami (Seniman) orang Malaysia pertama yang melawatnya. Ketika itu juga saya dapat tahu keadaan k3sihatannya agak kro.nik dan berpotensi untuk dijangkiti ti.bi,” katanya.

Zed berkata, kunjungannya ke sana dibuat selepas pihaknya menerima aduan daripada ramai artis berkenaan perkara ini.

“Saya dimaklumkan Benjy menghubungi mereka dan meminta bantuan kewangan terutamanya bagi membeli makanan dan kos raw4tan.

“Apabila ramai artis yang buat aduan, Seniman kena ambil tindakan buat lawatan dan perlu tahu perkara sebenar. Kami tahu yang salah tetap salah, tetapi kami ke sana atas dasar keprihatinan, kemanusiaan, kebajikan dan k3sihatan Benjy,” katanya yang ditemani Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah ketika melawat Benjy.

Zed berkata, keadaan k3sihatan Benjy merosot kerana dia sukar mendapatkan raw4tan kerana ia memerlukan kos.

“Benjy bukan warga Indonesia, jadi kos raw4tannya di sana memang tinggi. Ketika di sana, kami bantu uruskan pemeriksaan raw4tan dia dan bantu membeli ubat dan sebagainya.

“Ketika itu barulah hidupnya terasa berfungsi kerana sebelum itu dia kurang bercakap kerana kerap b4tuk berhi.ngus dan men.angis,” katanya yang banyak dibantu wakil konsulat Malaysia bagi melancarkan urusan mereka melawat Benjy.

Zed berkata, Seniman boleh membantu menguruskan lawatan mana-mana artis ke sana, namun dengan perbelanjaan sendiri.

“Sekiranya tak dapat menyumbang dari segi kewangan, memadailah dengan sokongan moral yang diberikan buat Benjy untuk terus kuat dalam penj4ra.

“Pakaiannya sudah dua tahun tak bertukar. Kami ada ambil gambar-gambarnya ketika dalam penj4ra dan berterima kasih dengan keprihatinan pihak penj4ra yang memberikan kebenaran,” katanya.

Menurut Zed, apa yang dilakukannya sekarang juga adalah bertujuan memenuhi amanat ibu Benjy, Allahyarham Azean Irdawaty supaya menjaga anaknya.

Dalam pada itu, Seniman akan menganjurkan Larian Amal Seniman Run 2.0 serta melancarkan Tabung Prihatin Seniman Khas Untuk Benjy.

“Sebahagian kutipan akan disalurkan kepada tabung yang bertujuan menampung keperluan Benjy sepanjang menjalani huku.man.

“Dia memerlukan antara RM500 hingga RM600 sebulan untuk kos perubatan. Sekurang-kurangnya kami dapat meringankan bebannya daripada tiada langsung,” katanya.

Sumber MSKINI/BHARIAN/Edited By RJ

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kisahbena.com