Sepatutnya 15hb Tapi KWSP Ubah Tarikh Mohon i-Citra Kepada Esok. Ini Apa Yang Rakyat Patut Buat Sebelum Mohon Untuk Elak Masalah Nanti

Permohonan bagi pengeluaran i-Citra mula dibuka esok, tiga hari lebih awal dari tarikh ditetapkan.

Jabatan Hal Ehwal Korporat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), memaklumkan permohonan itu boleh dibuat melalui laman sesawang icitra.kwsp.gov.my.

“Bagi memudahkan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif untuk bayaran pengeluaran terbabit.

“i-Citra membolehkan ahli yang layak untuk membuat pengeluaran simpanan KWSP mereka sehingga jumlah maksimum RM5,000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam Akaun 1 dan 2,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu, pembayaran pertama i-Citra dijangka dikreditkan ke dalam akaun bank pencarum mulai Ogos nanti.

Jumlah pengeluaran yang diluluskan akan dibayar sehingga lima kali bayaran iaitu sebanyak RM1,000 sebulan tertakluk kepada baki simpanan.

Anda layak memohon pengeluaran i-Citra sekiranya memenuhi dua syarat di bawah:

Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan;

Mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Sekiranya anda anggota perkhidmatan awam dan berada dalam skim perkhidmatan berpencen, anda masih layak memohon i-Citra.

Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak.

PEMULIH: EPF members can withdraw up to RM5,000 via i-Citra

i-Citra diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun lalu.

Ia adalah inisiatif jangka pendek bagi membantu pencarum yang terk3san dengan cabaran ekonomi akibat pandemik cov1d-19 serta mengimbangi keperluan masa kini dan masa depan ahli.

Untuk maklumat lanjut mengenai i-Citra serta cara membuat permohonan, pencarum boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP di laman sesawang www.kwsp.gov.my atau menghubungi talian hotline i-Citra di 03-89224848

Sumber : Astro Awani

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : kisahbena.com