Kisah Normadiah Pengs4n Di Bel1t Ul4r S4wa 20 Kaki Buat Ramai Terg4mam

Seniwati NORMADIAH boleh dianggap sebagai seniwati Melayu yang paling berani dan perkasa dalam sejarah filem Melayu.

Ketika membuat persediaan untuk memegang watak sebagai Tarzan wanita dalam filem BELANTARA (1957), beliau telah berlatih berminggu2 untuk babak berlawan, bergelvt dengan ular sawa, berenang menentang arus sungai yang deras, menunggang gajah dan melompat dari pokok ke pokok. Semuanya dilakukan dengan baik sekali. Begitulah hebat dan luarbiasa komitmen pelakon ini.

Namun begitu, Normadiah terp4ksa tew4s dalam sebuah babak yang memerlvk4n beliau bergelvt dan bergusti dengan seekor ular sawa. Sebenarnya, pihak Art Department sepatutnya mendapatkan seekor ular jinak dari mana-mana sarkis untuk babak ini tetapi ular2 yang didapatinya terlalu jinak dan tidak berapa panjang. Akhirnya babak bergelut dengan ular terp4ksa dibat4lkan.

Tetapi tiba-tiba seorang krew terjumpa ul4r sawa liar yang sedang dijual di pasar Bedok, Singapura. Ular itu ditangk4p kerana memakan seekor b4bi. Panjangnya 20 kaki, sangat l1ar dan g4nas.

Maka pihak Studio terus membelinya dengan harga 75 ringgit dan membawanya dalam kandang ke Studio. Ketika berada dalam Studio, tiada siapa pun berani hendak mendekati nya kerana ia mula berlaku bvas. Normadiah dengan rela hati mahu mencuba bergelvt dengan ular itu tetapi dengan syarat, jurukamera kena bersiap sedia untuk’shoot’. Apabila ular itu dilepaskan dari kandang, ia mula bergerak liar dan dengan pantasnya, Normadiah menangkap kepala ular itu dan mula bergusti. Pada mulanya disangkakan mudah tetapi ular itu adalah ular liar yang biasa menel4n b4bi. Ular itu pun dengan gan4snya membel1t badan Normadiah sehingga nafasnya semakin ses4k. Lalu ia gig1t tangan Normadiah sehingga beliau menjerit sekuat-kuat hatinya.

Normadiah tidak dapat menggerakkan badannya lagi, lalu dia pengs4n dalam belitan ular itu. Dengan serta merta semua krew termasuk Noordin Ahmad (hero BELANTARA) yang berada di set Studio, men4ngkap dan melepaskan lilitan ular itu dari tubvh badan Normadiah, yang masih tidak menyedarkan diri. Normadiah dilarikan ke h0sp1tal dan mujurlah doktor dapat menyelamatkannya dari m4ut.

Normadiah terus berehat di h0sp1tal selama dua minggu dan yang ajaibnya, ketika Normadiah sedang bergel4t dengan ular sawa itu, beliau sedang ham1l anak sulongnya bersama suami Syed Hassan. Anak itu adalah Sharifah Hasnor.

Selepas discharged dari h0sp1tal, Normadiah masih tidak berpuas h4ti. Kali ini dia lebih bersedia dan mahu meneruskan bab4k bergelvt dengan PETE ( nama yang diberikan kepada ular sawa itu). Akhirnya Pete sendiri terp4ksa akvr dengan kedeg1lan dan kesungguhan Normadiah sehingga babak itu berjaya diselesaikan tanpa ada apa2 ins1den yang tidak diingini.

5 tahun kemudiannya, sekali lagi Normadiah diberi peranan bergelvt dengan ular sawa dalam filem LUBALANG DAIK (1962) tetapi kali ini ular sawa tidaklah seganas Pete, ular sawa

BELANTARA itu. Dan anehnya, Normadiah ham1l juga ketika bergelut dengan ular itu. Anak dalam kandungannya adalah Azlina Aziz.

Begitulah hebatnya NORMADIAH, Seniwati Agong yang tiada tolok bandingnya. Semoga r0hnya dicucuri rahmat Allah swt dan disusuli dengan bacaan AL FATIHAH.

Cc Fonzz

Berikut pula reaksi dari netizan

“Arw4h bukan saja cantik, berani malah legenda yang tak dapat digantikan dengan sesiapa pun. Wanita Melayu perkasa.

“Bagus seniwati normadiah ni..baju ank2 bila ank2 dia nk buat show..dia yg jahitkan..azlina dan azliza x pernah somb0ng…pernah azliza jemput saya ke show yg dia perform masa kt subang dulu..

“Tgk gaya pun dah tau gar4ng. Cuma x sangka deg1l.. Ular pun dia lanyak cukup2.. Patut la selalu dpt watak pahlawan ppuan..

“Antara seniwati yg boleh menyanyi dgn baik dlm lakonan filem….boleh jd heroin mcm dlm filem Bujang Lapok…jd mak…dlm filem Si Tanggang…berlakon komedi yg dok gadvh sesama jiran…mmg versatiles

“Last jumpa aru4h ni tain 1986 .Dia ikut ank nya Azlina Aziz buat prsmbhan kat pdng daerah kuala pilah.Dudok sbelah dia kat blkng stage.Ingt lg..Azlina ajak sy.menari msa dia nyayi atas pntas.Sy.x nk..cuma bgi bunga ye..msa tu dia ajak joget..sy muda lgi..20 th.msa tu.

g4njaran 100 RIBU – BELANTARA (1957) SAL4H SATU FILEM MELAYU YANG HIL4NG.

Filem ini musn4h akibat BANJIR besar di Studio Jalan Ampas. Sayang sekali kita tidak berpeluang menonton filem ini. Bintang utamanya Nordin Ahmad , Normadiah, Salleh Kamil, Ibrahim

Pendek, S. Shamsuddin dan ramai lagi.

Adakah anda tahu, seorang VIP menawarkan habuan 100 ribu ringgit pada sesiapa yang mempunyai salinan filem ini.

INFO Filem Ini;

Filem ini diarahkan oleh pengarah S.RAMANATHAN dan ia merupakan filem terakh1r arahan pengarah itu sebelum beliau kembali ke India.

Plot penceritaan BELANTARA lebih kurang seperti PANGGILAN PULAU (1954) . Hampir separuh daripada pelakon Panggilan Pulau telah mengambil bahagian dalam filem ini. Yang tidak ada hanya P.RAMLEE dan LATIFAH OMAR. Nama watak dalam filem ini pun hampir sama dengan Panggilan Pulau. NORDIN AHMAD berlakon sebagai Johan dalam kedua-dua buah filem ini.

NORMADIAH pula sebagai Melati, nama watak Latifah Omar dalam Panggilan Pulau. Di dalam filem ini jugalah lagu ANEKA RAGAM dan KWEK MAMBO dinyanyikan. Lirik ditulis oleh H.M

r0hAIZAD dan lagu hasil ciptaan P.RAMLEE. Buat pertama kalinya NORDIN AHMAD menyanyi menggunakan suara P.RAMLEE di dalam filem.

Tidak ada pelakon wanita lain yang mampu membawa watak NORMADIAH ini. Beliau memerlvk4n untuk bergelvt dengan ular sawa yang l1ar, menunggang gajah, berenang di dalam lautan bergelombang dan sungai yang deras, memanjat pokok dan bergayut seperti Tarzan. Dikatakan set penggambaran cem4s semasa babak bergelvt dengan ular. Ketika itu tidak ada rehearsal langsung, semuanya dilakukan dengan spontan. Pada 10 minit yg pertama pergelvtan, NORMADIAH telah dil1lit sekuat -kuatnya oleh ular sawa dan beliau terus pengs4n! Terpaksa dibantu oleh 5 orang krew untuk melepaskan NORMADIAH yang telah luk4 par4h dibel1t ular .Penggambaran babak NORMADIAH dit4ngguhkan selama 2 minggu sebelum dimulakan semula.(Ular sawa yang digunakan adalah ular liar 20 kaki panjangnya yang dijumpai oleh seorang Cina di mana pada ketika itu ular itu sedang bah4m seekor b4bi).

kredit: Repair gambar lama

SINOPSIS

Sekumpulan kelasi kapal sedang mencari harta karun dengan berpanduk4n sebuah peta. Apabila kapal mereka berlabuh di sebuah pulau, Johan sebagai ketua kelasi telah ke hutan pulau itu untuk mencari bekalan makanan. Tiba-tiba Johan dip4tuk ular sehingga hampir mavt. Tetapi beliau sempat diselamatkan oleh Melati seorang gadis pulau berpakaian seperti Tarzan. Kamil, orang kanan Johan mula tamak dan belot. Beliau telah mencvri peta itu dan terus mencari harta karun itu. Semasa di dalam gua tempat harta karun ditemui, Kamil telah bertarung dengan Johan. Kamil tew4s dan segala harta karun terjatuh ke dalam lautan dalam.

Jika ada salinan Filem BELANTARA , wassap kami beserta contoh klip sekali ya.www.wasap.my/60176572565/RGL

Filem BELANTARA (1957)

Filem Klasik Melayu Yang Pvpus

Arahan S. Ramanathan dan di bintangi oleh

Normadiah, Nordin Ahmad, Salleh Kamil,

A. Rahim, Sureini Sani, Daeng Idris, Omar Suwita dan ramai lagi

Walaupun filem ini dikatakan sudah pupvs/hil4ng, namun cerita mengenainya telah didokumentasikan di majalah hiburan dan juga dari suratkahbar lama.

Di lampirkan beberapa kisah mengenai proses pembikinan filem dan cerita di sebalik tabir, dan temuramah bersama

Sureini Sani, pelakon kanak2 yang memegang watak Normadiah semasa kecil.

Berikut sedikit info mengenai Normadiah

Norma binti Abdullah, dilahirkan sebagai Edith Sumampow, namun lebih dikenali sebagai Normadiah (14 Ogos 1932–8 Ogos 2000) merupakan seorang pelakon wanita Singapura–Malaysia.

Beliau ialah anak kandung Estefanus Louis Sumampouw dan Suzanna Mathilde Huwaè. A. R. Tompel ialah orang yang bertanggungjawab menukarkan nama beliau dari Norma kepada

Normadiah. Dilahirkan dari keluarga seni. Normadiah bukan sahaja berkebolehan berlakon tetapi juga menyanyi. Beliau juga diantara generasi pertama filem Melayu yang bertapak di Singapura.

Kerjaya

Normadiah telah memulakan kerjaya seninya ketika berhijrah ke Singapura pada tahun 40-an. Pada awal pembabitannya dalam bidang seni, beliau menjadi guru tari dan penyanyi kumpulan bangsawan.

Kemudian setelah ramai pelakon-pelakon bangsawan beralih ke filem, beliau juga turut mencuba nasib dalam filem menerusi filem Seniwati arahan A. R. Tompel pada tahun 1953. Kemudian diikuti dengan filem r0h Membela, Sengs4ra, Empat Isteri, Siapa Sal4h, Panggilan Pulau, Semerah Padi, Bujang Lapok, Sumpah Wanita dan Kasih Tanpa Sayang. Sementara itu antara lakonan beliau pada era filem Melayu warna ialah Dia Ibuku, Sumpah Semerah Padi, G1la-G1la dan beberapa lagi.

Dalam dunia lakonannya selama lima dekad, beliau dianggap pelakon serba boleh kerana berjaya menjiwai pelbagai watak dengan cukup berkesan. Daripada watak menghayat h4ti sehinggalah ke watak wanita pengg0da, beliau menjadi sebutan biarpun ada yang membenci wataknya.

Selain menjadi pelakon dengan Shaw Brothers, beliau banyak terlibat sebagai pereka tari tarian-tarian tradisional Melayu di dalam filem.

Normadiah juga turut menyanyi bersama-sama dengan P. Ramlee dalam filem Bujang Lapok, Panggilan Pulau, Perjodohan dan Siapa Sal4h.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan secara berduet bersama P. Ramlee adalah lagu Bulan dan Juga Angin, Mengapa Riang Ria, Kumbang dengan Bunga dan banyak lagi. Beliau juga merupakan ahli asal kumpulan Panca Sitara yang kemudian diganti oleh Saloma sehingga beliau menggantikannya semula selepas Saloma men1nggal dun1a.

Kehidupan peribadi: Perkahwinan

Sepanjang kehidupan beliau, beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali dan bersama suaminya yang kedua iaitu seniman Aziz Jaafar, kekal hingga ke akhir hayat. Bersama Aziz Jaafar, beliau dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Azlina Aziz dan Liza Aziz. Kedua-dua anak beliau adalah penyanyi terkenal di Malaysia.

Meningg4l dunia

Beliau menghem.buskan n3fas terakhir pada 8 Ogos 2000 di h0sp1tal Assunta, Petaling Jaya ketika berusia 68 tahun kerana penyak1t apend1ks dan kenc1ng manis.[2]

Rujukan:

1. Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik

2. Gambar Koleksi Pengarah Jamil Sulong

3. Pewarnaan Repair Gambar Lama

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

 Sumber:trendingsangat