Longg4r SOP sebab Dafi anak Ismail Sabri? Anak menteri tiada layanan istimewa – “Saya pun rakyat Malaysia, boleh kena tindakan”

SUSULAN dakwaan program All Together Now Malaysia ga.gal mematuhi prosedur operasi standard (SOP), penyanyi Dafi turut terkena tempias kerana menjadi salah seorang daripada 50 juri dalam kalangan selebriti.

Nama Dafi menjadi bualan apabila netizen mengaitkan keduduk4n bapanya iaitu Datuk Seri Ismail selaku orang yang cukup sinonim dengan SOP ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun menurut Dafi, sebagai rakyat Malaysia dia tidak terkecuali daripada sebarang hukvman jika didapati bersalah mel4ngg4r SOP ketika menyertai program berkenaan.

“Berkenaan apa yang bapa saya cakap itu memang betul, bukan fasal isu ini sahaja… saya pun rakyat Malaysia juga, so if orang lain kena (tindakan), saya pun boleh. Tiada sebarang layanan istimewa sebab anak menteri.

“Yang berjasa untuk negara itu dia, saya ni siapa? Tiada sebab saya dapat layanan istimewa pun. Saya cakap secara general bukan isu ini sahaja,” ujarnya kepada mStar pada Rabu.

Penglibatan Dafi dalam program berkenaan dikec4m netizen.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 33, berkata demikian bagi mengulas kritikan netizen yang mempersoalkan penglibatannya dalam program hiburan All Together Now Malaysia yang dihentikan tayangan selepas satu episod.

Pada Selasa Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan si4satan dilakukan ke atas penerbitan rancangan berkenaan susulan d4kwaan pel4ngg4ran SOP.

Dalam pada itu, Dafi turut bersetuju kenyataan pihak Astro bahawa kesemua artis terlibat mematuhi peraturan sepanjang penggambaran dilakukan.

Apa yang bapa saya cakap itu memang betul, saya pun rakyat Malaysia, if orang lain kena (tind4kan) saya pun boleh.

DAFI ISMAIL

PENYANYI

Bagaimanapun, dia enggan mengulas panjang berikutan perkara itu masih dalam si4satan.

“Benda ini akan disi4sat jadi biar mereka jalankan tugas mereka, selebihnya berkaitan program lebih baik tunggu kenyataan pihak Astro,” ujarnya.

Terdahulu, media sosial penyanyi lagu Bila Terasa Rindu ini diserang netizen yang kurang senang dengan penglibatannya dalam program berkenaan.

Rata-rata netizen mendakwa Dafi menggunakan statusnya sebagai artis dan anak menteri untuk menyertai program berkenaan.

Antara komen netizen luah rasa idak puas hati pada Instagram milik Dafi.

“SOP hanya untuk orang susah macam kita… anak menteri dan artis tak apa, semua dibolehkan. Orang punya penat duduk rumah nak putuskan rantaian.

“Anak menteri memang boleh la.. Nak itu ini on sahaja,” antara komen netizen pada ruang komen Instagram miliknynya.

Pada Rabu, Ismail selaku Menteri Kanan Keselamatan memberitahu program itu tidak akan terkecuali daripada berdepan tindakan jika didapati bers4lah meskipun anaknya turut terlibat.

Beliau memberi jaminan bahawa undang-undang itu akan diterapkan secara adil kepada semua orang.

Kenyataan Ismail Sabri berikutan kritikan yang dilontarkan pada rancangan TV realiti yang memaparkan banyak juri selebriti, termasuk anaknya Gaddafi Ismail Sabri didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) c0v1d-19.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Mstar