“Jangan Sampai Saya Buka Cerita. Tak Cukup Kain Nak Tutup Muka Nanti” -Sheila Rusly

Sejak Ahad lalu, hangat diperkatakan mengenai program hiburan terkenal Melodi apabila mempertemukan pelakon Izreen Azminda dan bekas madunya, Intan Saleh.

Susulan itu, ada netizen mempersoalkan mengapa Melodi tidak menjemput Sheila Rusly dalam program tersebut dalam usaha untuk menghubungkan kembali silaturrahim bersama dengan Janna Nick.

Memetik mStar Online, Sheila yang dihubungi berkata dia sebenarnya sudah pun memaafkan Janna namun mengakui tidak mudah melupakan apa yang berlaku.

“Sudah dimaafkan. Tapi tak semudah itu untuk melupakan,” katanya ringkas.

Bagaimanapun, timbul cerita tak sedap di dengar apabila ada netizen memuat naik status mendakwa punca mereka berdua bermasam muka kerana Sheila cuba untuk menjodohkan anak sulungnya dengan Janna namun ditolak pelakon itu.

Status tersebut mendapat perhatian Sheila yang bengang apabila namanya dikaitkan dengan Janna, malah menyifatkan kenyataan netizen itu adalah fitn4h. Sheila turut berkongsikan paparan skrin status oleh netizen berkenaan di Insta Story.

“Sis geram sebenarnya. Sis tak kac4u sesiapa pun. Jangan petik isu yang boleh buat sis bersuara. Sis pendam lama isu ini. Jangan sampai saya buka cerita. Tak cukup kain nak tutup muka nanti. Sis jadi marah sebab itu f1tn4h,” tulisnya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber : Rotikaya

 

 

 

 

 

 

Be the first to comment on "“Jangan Sampai Saya Buka Cerita. Tak Cukup Kain Nak Tutup Muka Nanti” -Sheila Rusly"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*